Penjaga pesakit demensia 30 kali ganda lebih kemungkinan hidapi angin ahmar: Tinjauan NTU
Para penjaga pesakit demensia menyeru bagi lebih banyak sokongan diberikan kepada golongan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail. (Gambar: Xabryna Kek)
SINGAPURA: Para penjaga pesakit demensia menyeru bagi lebih banyak sokongan diberikan kepada golongan itu.
Ini selepas satu tinjauan mendedahkan bahawa mereka 30 kali ganda lebih kemungkinan mengalami angin ahmar kerana tekanan daripada peranan mereka sebagai penjaga pesakit sedemikian.
Dianggarkan lebih daripada 100,000 orang di Singapura mungkin menghidapi demensia menjelang 2030.
Ini berbanding sekitar 82,000 pada 2018.
Pengarah Khidmat Jagaan di Demensia Singapura, Stephen Chan berkata: "Para penjaga mungkin mengalami kemurungan, gangguan kebimbangan dan beberapa gejala lain akibat peranan mereka sebagai penjaga.
"Dan ini disebabkan oleh 'caregiver burn out' atau tekanan yang dialami sebagai seorang penjaga, iaitu sesuatu yang sering berlaku dalam mana-mana pertubuhan yang menjaga individu yang menghidapi demensia.
"Justeru kita bukan hanya menjaga individu yang menghidapi demensia, tetapi ia sebenarnya keluarga mereka, terutama sekali penjaga mereka."
Bagi mereka yang perlukan bantuan untuk menjaga ahli keluarga yang menghidapi demensia, kemudahan penjagaan sepenuh masa merupakan satu pilihan.
Namun kemudahan sedemikian boleh menelan belanja sekitar 700 dolar hingga 4,000 dolar sebulan, bergantung kepada sama ada seseorang itu layak mendapatkan subsidi.
Sesetengah penjaga mungkin tidak mampu mendapatkan khidmat sedemikian dan kurangnya rehat daripada tanggungjawab mereka sebagai penjaga juga boleh membahayakan.
Pengarah Penyelidikan, Pusat Jagaan Paliatif untuk Kecemerlangan dalam Penyelidikan dan Pendidikan di NTU, Dr Andy Ho berkata:
"Seseorang penjaga yang berdepan tekanan dan tuntutan sepanjang masa, tubuh mereka akan mengeluarkan hormon tekanan sepanjang masa.
"Dalam masa yang singkat, ini akan menghasilkan gejala yang tidak menyenangkan terhadap tubuh mereka. Misalnya, mereka akan mengalami sakit kepala, migran.
"Namun untuk kesan jangka panjang, ia boleh melemahkan sistem imun mereka yang menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit kronik."
Menurut Dr Ho, hasil kajiannya mendapati jika seseorang itu seringkali mengalami tekanan, kemungkinan beliau mengalami angin ahmar adalah 27 hingga 30 kali ganda lebih tinggi berbanding individu lain.
Untuk mencegah hal itu, para penjaga boleh melihat kepada wadah sokongan yang lain.
Tempat-tempat seperti pusat jagaan pesakit demensia dapat memberikan waktu rehat selama beberapa jam kepada para penjaga.
Khidmatnya melalui ujian kemampuan dan mempunyai subsidi, justeru ia boleh dimampui oleh ramai orang.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.