Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Penjaga elektronik' diguna buat pertama kali di stesen MRT Jurong East

Sebuah sistem imbasan keselamatan automatik beramai-ramai digunakan buat puat pertama kalinya pada Jumaat (5 Apr) di stesen MRT Jurong East oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Apr 2019 12:34AM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 12:37AM

SINGAPURA: Sebuah sistem imbasan keselamatan automatik beramai-ramai digunakan buat puat pertama kalinya pada Jumaat (5 Apr) di stesen MRT Jurong East oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Radar keselamatan manusia, yang digelar 'penjaga elektronik' oleh LTA, berupaya mengimbas sehingga 10,000 orang sejam, menurut pihak penguasa itu dalam satu catatan Facebook.

"Ini membantu untuk mengimbas lebih ramai penumpang dalam masa sebenar, tanpa menyebabkan gangguan aliran manusia," tambahnya.

Semasa latihan kecemasan pada Jumaat para penumpang yang memasuki pusat tukaran Jurong East diarah melalui sistem imbasan itu atau alat pengesan logam dan mesen X-ray.

LTA menyatakan pihaknya terus berusaha untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan keupayaan pemeriksaan keselamatan di pusat-pusat pengangkutan awam.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan