Skip to main content

Singapura

Penipuan pembeli palsu Carousell catat kerugian paling tinggi S$1 juta pada Disember

Anggaran Waktu Membaca:
Penipuan pembeli palsu Carousell catat kerugian paling tinggi S$1 juta pada Disember

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPR)

Diterbitkan : 01 Jan 2023 05:48PM Dikemas Kini : 01 Jan 2023 05:49PM
SINGAPURA: Bilangan mangsa penipuan pancingan data dalam platform e-dagang Carousell dan wang yang digelapkan pada Disember melebihi jumlah yang dilaporkan dari 11 bulan pertama 2022.

Pada Disember, sekurang-kurangnya 1,115 mangsa diperdaya oleh pembeli palsu dan kehilangan sekurang-kurangnya S$1 juta, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (1 Jan).

Ini berbanding sekitar 975 mangsa yang dilaporkan kerugian jumlah sekurang-kurangnya S$938,000 dari Januari hingga November 2022.

"Menurut siasatan, sebahagian besar aduan yang dibuat melibatkan pemindahan PayNow ke luar negara tanpa kebenaran," tambah SPF.

"Ini adalah trend yang sangat membimbangkan kerana apabila wang disalurkan ke akaun luar negara, kemungkinan untuk mendapatkan wang itu kembali sangat tipis."

BAGAIMANA PENIPUAN PANCINGAN DATA BERLAKU?

Penipu akan menyamar sebagai pembeli di Carousell yang kemudiannya akan meminta penjual ataupun mangsa memasukkan butiran perbankan mereka di laman palsu untuk memudahkan pembayaran.

Urus niaga tanpa kebenaran akan dibuat daripada akaun bank ataupun kad mangsa.

"Bagi mengekang lonjakan penipuan sebegini, rakan-rakan utama dalam ekosistem termasuk Carousell dan Persatuan Bank-Bank di Singapura sudah melaksanakan langkah untuk melindungi pelanggan mereka," menurut SPF pada Ahad.

"Ini termasuk, namun tidak terhad kepada, dengan menambahkan langkah keselamatan buat saluran wang menerusi PayNow ke luar negara kerana bank terjejas merasakan ia sesuai. Berikut sehingga trend berkenaan semakin berkurangan."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita