Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipuan pancingan data OCBC: Remaja mengaku salah sebahagian dari sindiket salurkan S$600,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja mengaku peranannya dalam satu sindiket penipuan pancingan data pemilik akaun Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC) yang melibatkan pengubahan wang berjumlah S$600,000 hasil aktiviti jenayah.

Siri penipuan yang lebih luas melibatkan pemilik akaun OCBC menerima 768 aduan polis dan kerugian yang dianggarkan sebanyak S$12.8 juta.

Brayden Cheng Ming Yan, 19 tahun, mengaku bersalah pada Rabu (4 Jan) atas satu tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dan tuduhan menyerahkan kawalan akaun bank untuk mendapatkan hasil aktiviti jenayah. Dua lagi tuduhan akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Cheng bersubahat dengan lagi tujuh individu, yang kini berusia antara 17 dengan 21 tahun.

Untuk mendapatkan ganjaran, kumpulan itu akan menyediakan khidmat pengubahan wang kepada individu tidak dikenali yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket luar negara.

Kumpulan tersebut akan mencari dan memberi akses akaun bank kepada individu yang tidak dikenali. Mereka juga akan mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) dari masa ke semasa.

Kumpulan itu mendapat arahan daripada tiga kumpulan sembang Telegram antara Disember 2021 dan Februari 2022. Mereka menggunakan satu lagi kumpulan sembang bernama Mobile Legends bagi komunikasi antara mereka.

Cheng akan memindahkan jumlah wang yang sedikit antara bank untuk memastikan ia berfungsi, dan dia diupah S$1,400 secara keseluruhan bagi bulan Disember 2021 dan Januari 2022.

Anggota kumpulan lain mempunyai peranan lain dan ditawarkan sehingga S$3,000 sebulan oleh dalang luar negara untuk mengambil bahagian.

Antara Disember 2021 dengan Februari 2022, kumpulan itu menyediakan 16 akaun bank kepada sindiket yang berada di kumpulan sembang Telegram.

Modus operandi peniupan pancing OCBS adalah seperti berikut: Penjenayah akan menyamar sebagai pihak bank dan akan menghantar mesej SMS kepada mangsa, memberitahu mereka mengenai isu berkaitan bank yang palsu. Mesej itu mengandungi pautan laman web supaya dapat diakses mangsa.

Mangsa akan menekan pautan, yang dianggap tulen, dan akan dibawa ke laman palsu OCBC.

Apabila mangsa mengisi butiran kad bank dan kata laluan sekali sahaja (OTP), penjenayah itu akan mendapat akses kepada akaun bank mangsa sebelum memindahkan wang kepada akaun yang lain.

Cawangan siasatan jenayah teknologi di Jabatan Siasatan Jenayah menyerbu dua unit rumah di Yishun pada 17 Februari 2022, dan memberkas 16 individu, termasuk Cheng.

Sebanyak 112 kad ATM dan kad debit dirampas.

Cheng merupakan kumpulan kedua untuk mengaku bersalah, pesalah pertama dijatuhi hukuman latihan pemulihan pada Julai tahun lalu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan