Penipuan mata wang kripto libatkan tawaran kerja palsu sebabkan kerugian US$11.8 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar ilustrasi mata wang kripto pada 10 Ogos 2022. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)
- SPF dan CSA memberi amaran tentang penipuan mata wang kripto yang menyebabkan kerugian US$11.8 juta di Singapura.
- Penipu menyamar sebagai perekrut, menggunakan domain palsu dan temu duga palsu untuk memperdaya mangsa memuat turun perisian hasad.
- Perisian hasad membolehkan penyerang memintas pengesahan, mengakses repositori kod syarikat, dan memindahkan mata wang kripto tanpa kebenaran.
- SPF dan CSA menasihatkan syarikat serta individu supaya meningkatkan keselamatan siber dan segera bertindak jika terdapat tanda pencerobohan.
SINGAPURA: Satu skim penipuan berkaitan mata wang kripto yang melibatkan tawaran kerja palsu dan pencerobohan sistem perisian menyebabkan kerugian US$11.8 juta (S$15.1 juta), menurut pihak berkuasa pada Jumaat (14 Ogos).
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) memberi amaran mengenai penipuan itu yang menyasarkan individu dan syarikat, khususnya dalam sektor teknologi dan mata wang kripto.
Dalam satu kes, seorang mangsa dihubungi menerusi LinkedIn oleh penipu yang menyamar sebagai perekrut sebuah syarikat mata wang kripto.
Si penipu kemudian berhubung dengan mangsa menerusi e-mel menggunakan domain palsu yang hampir menyerupai domain syarikat sebenar.
Mangsa turut menghadiri beberapa sesi temu duga menerusi Google Meet, namun kamera penemu duga tidak dihidupkan sepanjang sesi tersebut.
Mangsa kemudian diarahkan ke sebuah laman web palsu untuk menjalani penilaian teknikal pengekodan menggunakan peranti yang diberikan syarikatnya.
Semasa proses itu, mangsa tanpa disedari memuat turun perisian hasad.
Perisian hasad itu mencuri token sesi mangsa yang kemudian digunakan untuk memintas pengesahan berbilang faktor dan mendapatkan akses kepada akaun Bitbucket mangsa.
Akaun tersebut dihubungkan kepada repositori kod syarikatnya.
Bitbucket ialah khidmat hos repositori kod yang membolehkan pembangun bekerjasama dalam pembangunan kod.
Selepas mendapat akses, penyerang mengubah arahan automatik bagi pelaksanaan perisian syarikat dan mengakses pelayan dalaman syarikat dari jarak jauh, menurut SPF dan CSA.
Penyerang turut mendapatkan maklumat kelayakan yang membolehkan mereka memintas had transaksi dan pemeriksaan kelulusan untuk melakukan pemindahan mata wang kripto.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
SPF dan CSA menasihatkan pihak syarikat serta individu, khususnya dalam sektor teknologi dan mata wang kripto, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Antaranya ialah mengesahkan identiti perekrut dan syarikat, melindungi kunci antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) serta maklumat kelayakan dalaman dan memperkukuh pengesahan berbilang faktor.
Mereka juga disaran meningkatkan keselamatan repositori kod dan proses pelaksanaan perisian.
Jika terdapat tanda-tanda sistem diceroboh, alat atau sistem yang terjejas harus diasingkan dengan segera, sesi aktif ditamatkan, maklumat kelayakan ditetapkan semula dan rekod akses diperiksa.
Individu dan syarikat juga harus memaklumkan pasukan keselamatan siber dalaman atau penyedia khidmat mereka dengan segera.
Mereka turut dinasihatkan supaya memeriksa sama ada akaun, repositori, pelayan dalaman atau proses kelulusan sudah diubah.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.