Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipu sasar PM Lee dalam e-mel palsu kononnya dihantar beliau

"Penipu tidak henti-henti berbuat demikian," tegas PM Lee Hsien Loong selepas sebuah e-mel kononnya daripada beliau sedang disebarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penipu sasar PM Lee dalam e-mel palsu kononnya dihantar beliau

(Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Isnin (3 Okt) berkata beliau dimaklumkan mengenai e-mel palsu yang kononnya dihantar oleh beliau sedang disebarkan.

"Saya dimaklumkan bahawa e-mel palsu kononnya daripada saya tular lagi online," kata Encik Lee dalam catatannya.

"Penipu tidak henti-henti berbuat demikian."

Encik Lee menambah kandungan e-mel itu berbeza-beza, sambil menunjukkan dalam catatannya contoh e-mel palsu yang dihantar untuk mengucapkan terima kasih kepada pengirim atas sumbangan mereka kepada Singapura.

Tangkapan skrin e-mel palsu yang dimuat naik dalam catatan Encik Lee dibuat seolah-olah ia datang dari Pejabat Perdana Menteri.

Encik Lee berkata: "Jika anda menerima e-mel seperti itu, sila abaikannya! Dan jangan kongsi kepada rakan dan keluarga anda.

"Kita semua perlu sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati. Jika ragu-ragu, semak dahulu sebelum anda mengongsinya."

Pada Mac 2020, terdapat e-mel yang kononnya dihantar oleh Encik Lee meminta "sumbangan dan pandangan mereka" ketika Singapura menangani penularan COVID-19.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis.

"E-mel palsu yang kononnya datang daripada saya sedang diedarkan online. E-mel itu memberikan kemas kini tentang situasi COVID-19, dan menggalakkan mereka untuk bertindak balas dengan sumbangan dan pandangan mereka mengenai pandemik itu," tulis Encik Lee dalam catatan Facebook ketika itu.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membalas e-mel tersebut atau memberikan sebarang maklumat peribadi.

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan