Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipu perdaya mangsa isi borang Google dengan lambang SPF

Anggaran Waktu Membaca:
Penipu perdaya mangsa isi borang Google dengan lambang SPF

Contoh pautan pancingan data melalui borang Google. (Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF))

SINGAPURA: Orang ramai diminta berhati-hati terhadap satu lagi penipuan pancingan data yang baru di mana mangsa diperdaya untuk mengisi borang Google dengan lambang "Pasukan Polis Singapura".

Dalam satu makluman pada Rabu (7 Dis), polis menyatakan mangsa akan menerima emel yang tidak diminta mengenai baucar hadiah.

Apabila mangsa menekan pautan URL itu, mereka akan dibawa ke laman web untuk memasukkan maklumat kad kredit atau debit mereka, kod keselamatan dan Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP).

Satu transaksi penipuan kemudian akan dibuat pada kad berkenaan.

"Tidak lama selepas transaksi itu, penipu akan menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri mereka sebagai kakitangan bank yang membuat panggilan susulan mengenai transaksi penipuan itu," menurut polis.

Mangsa kemudian akan diarah ke borang Google yang mengandungi lambang Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan nombor kes polis palsu.

Penipu akan mengisi borang itu dengan butiran peribadi mangsa seakan membuat laporan polis.

"Penipu yang menyamar sebagai pekerja bank akan meneruskan penipuan terhadap mangsa selepas mendapatkan kepercayaan mereka," menurut polis sambil menambah bahawa mangsa mungkin akan diberitahu untuk memuat turun aplikasi perisian hasad untuk membolehkan penipu untuk mengawal komputer mereka.

"Penipu kemudian akan mengakses akaun perbankan mangsa untuk membuat transaksi tanpa kebenaran."

SPF menasihatkan orang ramai agar tidak menekan pautan meragukan yang disediakan oleh sumber tidak rasmi.

"SPF tidak akan meminta orang awam untuk memberikan butiran mengenai penipuan atau membuat laporan melalui borang Google," tambah SPF.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan