Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipu menyamar sebagai pekerja Google, Apple; tipu mangsa lebih S$15,000

Para penipu yang menyamar sebagai kakitangan Google dan Apple menipu para mangsa sekurang-kurangnya S$15,700 antara 13 hingga 20 Disember, menurut polis hari ini (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penipu menyamar sebagai pekerja Google, Apple; tipu mangsa lebih S$15,000

Lapan aduan kes penipuan diterima dari 13 hingga 20 Disember.

Diterbitkan : 22 Dec 2018 09:26AM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 09:29AM

SINGAPURA: Para penipu yang menyamar sebagai kakitangan Google dan Apple menipu para mangsa sekurang-kurangnya S$15,700 antara 13 hingga 20 Disember, menurut polis hari ini (22 Dis).

Polis menyatakan pihaknya menerima sekurang-kurangnya lapan aduan mengenai kes penipuan sedemikian, di mana para pemanggil menyamar sebagai kakitangan Apple dan Google sepanjang tempoh tersebut.

Kedai-kedai serbaneka mejadi sasaran bagi kes penipuan ini.

Menurut polis, si pemanggil menghubungi para peruncit dengan mendakwa bahawa mereka menerima jumlah besar aduan daripada para pelanggan yang tidak boleh mendapatkan semula nilai wang daripada kad hadiah Apple iTunes dan Google Play mereka.

Sebagai sebahagian daripada 'siasatan' mereka, si pemanggil meminta nombor pengaktifan bagi kad-kad berkenaan sebagai alasan untuk memeriksa kesahan kad tersebut.

Setelah mendapatkan nombor pengaktifan itu, si pemanggil kemudian memberitahu para peruncit bahawa mereka akan dihubungi sekali lagi selepas 'ibu pejabat' syarikat-syarikat berkenaan dimaklumkan mengenai siasatan tersebut. Bagaimanapun menurut polis, para peruncit tidak menerima sebarang panggilan telefon selanjutnya.

Polis menasihati para peruncit supaya berhati-hati apabila menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali, meskipun si pemanggil mendakwa bekerja bagi pihak pembekal.

Polis juga menasihati para pemilik kedai supaya mendidik para kakitangan mereka mengenai kes penipuan tersebut.

Bagi maklumat lanjut mengenai kes-kes penipuan, lungsuri laman www.scamalert.sg atau hubungi hotline antipenipuan di talian 1800-722-6688. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan