Peningkatan monsun potensi sebabkan banjir kilat 10 hingga 13 Jan: PUB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Banjir kilat mungkin berlaku di Singapura antara Jumaat (10 Jan) hingga Isnin (13 Jan) akibat peningkatan monsun.
Peningkatan monsun merujuk kepada angin yang semakin kencang di Laut China Selatan, menyebabkan awan hujan yang luas terbentuk di sekitar rantau ini.
Peningkatan monsun diramalkan menyebabkan cuaca hujan dan berangin di Singapura dalam tempoh empat hari akan datang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (9 Jan).
Hujan berserta guruh serta keadaan berangin boleh dijangkakan, tambah NEA.
Beberapa tempat juga diramal mencatat suhu sekitar 22 darjah Celsius.
Hujan lebat mungkin menyebabkan paras air naik di terusan dan longkang buat sementara waktu, menyebabkan banjir kilat, tambah PUB dalam catatan di Facebook.
Orang ramai dinasihatkan menggunakan aplikasi MyENV dan saluran Telegram Amaran Banjir PUB untuk menerima amaran hujan lebat, mengelak lokasi berisiko banjir dan mengikuti perkembangan amaran banjir.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.