Peningkatan kes penipuan tidak harus halang warga emas manfaatkan ruang digital: K Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, berkata peningkatan dalam kes-kes penipuan tidak seharusnya menghalang warga emas daripada memanfaatkan ruang digital.
Sebaliknya, mereka harus belajar melindungi diri secara online.
Beliau berkata demikian di satu acara kemahiran celik digital anjuran platform e-dagang Shopee, yang disertai lebih 500 penduduk pada Sabtu (6 Apr).
Sekitar 100 daripada mereka menerima bimbingan peribadi tentang cara-cara mendaftar akaun dan membuat pembelian dengan selamat.
Menurut Encik Shanmugam, inisiatif pendidikan awam seperti itu membantu warga emas untuk melindungi diri mereka di alam siber.
"Seluruh masyarakat, saya rasa, perlu cuba untuk membawa isu atau pengetahuan ini kepada mereka. Anda tidak boleh mengharapkan mereka tahu melindungi diri sejak awal," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/QA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.