Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peningkatan kemudahan, kegiatan masyarakat bagi warga emas, keluarga muda tumpuan pasukan PAP GRC Ang Mo Kio

Pelbagai rancangan penyegaran estet dilakarkan pada tahun-tahun akan datang bagi memenuhi keperluan penduduk yang berbeza-beza di GRC Ang Mo Kio.

Anggaran Waktu Membaca:
Peningkatan kemudahan, kegiatan masyarakat bagi warga emas, keluarga muda tumpuan pasukan PAP GRC Ang Mo Kio

PM Lee Hsien Long dan Nadia Ahmad Samdin di Pasar dan Pusat Makanan Cheng San pada 4 Jul 2020. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Pelbagai rancangan penyegaran estet dilakarkan pada tahun-tahun akan datang bagi memenuhi keperluan penduduk yang berbeza-beza di GRC Ang Mo Kio.

Perkara itu dikongsi oleh barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi tersebut dalam satu sesi dialog online pada Isnin (6 Jul).

Pasukan PAP itu terdiri daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Gan Thiam Poh, Daryl David, Ng Ling Ling dan Nadia Ahmad Samdin.

Antara rancangan utama yang dibentangkan pasukan itu adalah mengenai peningkatan kemudahan-kemudahan sedia ada di kawasan GRC Ang Mo Kio.

Pada masa yang sama, mereka juga berharap dapat lebih meningkatkan hubungan antara masyarakat selain menggalak penuaan aktif melalui lebih banyak kegiatan akar umbi.

"Saya mahu memperbaiki akses kepada kemudahan awam bagi golongan wara tua dan juga lebih mesra digital. COVID-19 membuktikan bagaimana teknologi itu amatlah penting bagi warga tua mendakapinya," kata Cik Nadia.

Dalam pada itu, beliau menambah penting juga menggalak serta menyokong inisiatif daripada golongan muda.

Menurut beliau, terdapat banyak kegiatan akar umbi serta usaha yang diterajui golongan belia.

Lantaran itu, beliau berharap agar lebih banyak kerjasama dapat diadakan antara golongan belia supaya suara mereka dapat didengar.

"Sebagai seorang penyelam misalnya, isu seperti pencemaran platik dan rantaian makanan yang mampan agak dekat di hati saya dan rakan seusia saya. Jadi saya berharap dapat bekerja dengan lebih banyak pertubuhan bukan pemerintah (NGO) bagi isu-isu sebegini," katanya.

INGIN ERATKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK

Barisan calon PAP itu juga ditanya bagaimana mereka merancang untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk memandangkan pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio menampilkan dua muka baru.

Bagi Cik Nadia, meskipun pelbagai usaha mendampingi penduduk dijalankan secara online sekarang, tiada yang dapat menggantikan kegiatan bertemu penduduk secara fizikal.

"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk di Cheng San kerana membuka pintu kepada saya. Saya sungguh berbesar hati dapat peluang ini dan juga saya harap jika diberi peluang untuk suarakan harapan penduduk di sini," kata beliau.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan