Peningkatan kemahiran fokus utama Kementerian Pendidikan, kata Chan Chun Sing
10% pekerja di S'pura perlu tingkatkan kemahiran setiap tahun, matlamat jangka panjang itu bantu pekerja kekal relevan dalam pasaran buruh: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing
SINGAPURA: Sebanyak 10 peratus pekerja di Singapura mungkin perlu meningkatkan kemahiran setiap tahun.
Menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, ini melibatkan sekitar 30,000 orang dewasa di sini.
Beliau menambah, membantu mereka kekal relevan dalam pasaran buruh yang berdaya saing, adalah matlamat jangka panjang MOE.
Encik Chan menggariskan beberapa definisi kejayaan dalam sistem pendidikan.
Yang pertama adalah memenuhi potensi setiap individu.
Kedua, adalah memastikan pembangunan berterusan.
Setiap tahun sehingga 40,000 pelajar memasuki pasaran buruh.
Namun Encik Chan berkata, adalah lebih penting untuk menumpukan perhatian kepada golongan yang sudah bekerja - iaitu kira-kira tiga juta pekerja yang perlu meningkatkan kemahiran.
Menurut Encik Chan, golongan tersebut ada keyakinan untuk terus berdaya saing dan mendapat pekerjaan baik.
Menyentuh tentang tempoh lapan bulan sejak menerajui MOE, Encik Chan berkata beliau ada pasukan yang sangat baik.
Dan falsafah mereka adalah jika kita menjaga rakyat, rakyat akan memastikan misi kita tercapai.
Encik Chan menjelaskan jika kesejahteraan sosio-emosi anak kita terjaga, mereka akan ada asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan akademik.
Beliau turut menekankan perlunya masyarakat menerima individu yang mempunyai kekuatan berbeza dan menawarkan pelbagai laluan untuk mencapai kejayaan.
Menjadi masyarakat yang inklusif dan berjiwa belas ihsan tambah beliau terus menjadi kunci utama sedang Singapura terus mengecap kemajuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.