Peningkatan dalam kitaran teknologi global bakal rangsang pertumbuhan ekonomi SG pada 2025: MAS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka tumbuh pada "rentak yang agak serupa" tahun depan, seperti tahun ini, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (28 Okt).
Pertumbuhan itu akan disokong oleh "peningkatan berterusan" dalam kitaran teknologi global, serta pelonggaran secara bertahap-tahap bagi syarat kewangan, dedah MAS dalam semakan makroekonominya yang terbaharu pada setiap enam bulan.
Bank pusat itu menjelaskan pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka berada pada julat ramalan sekitar 2 hingga 3 peratus tahun ini, dan pada peratusan serupa tahun hadapan.
"Pertumbuhan GDP bagi kedua-dua tahun dijangka disokong oleh kelompok khidmat moden serta berkaitan perdagangan," menurut MAS.
Unjuran bagi perdagangan global kekal "positif biasanya" dan pemulihan kitaran teknologi harus diperluaskan menjangkaui parsarana berkaitan kecerdasan buatan (AI) hingga peranti pengguna, dedah laporan itu.
Ia menambah bahawa pendakapan yang kian meningkat bagi AI harus membantu sektor maklumat dan perhubungan sedang syarikat mempertingkatkan pelan pendigitalannya.
Pertumbuhan sektor kewangan juga dijangka terus disokong oleh pelonggaran dasar kewangan sejagat.
Pengurus dana kini menyaksikan aset di bawah pengurusan tumbuh sedang pelabur antarabangsa mempunyai kepentingan di Asia.
PEMULIHAN PENGILANGAN PADA SUKU KETIGA
Laporan itu menarik perhatian bahawa ekonomi Singapura "bangkit dengan kukuh" pada suku ketiga tahun ini, dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) melaporkan unjuran awal sebanyak 4.1 peratus.
MAS menyatakan pertumbuhan pada suku ketiga itu melebihi purata paras sebelum COVID, dan hampir 60 peratus industri mencatat pertumbuhan purata atau melebihi purata antara Julai hingga September.
Bagi seluruh tahun, peningkatannya dipacu oleh kebangkitan dalam sektor luaran, namun pemulihan yang kian meluas dalam sektor pengilangan memberi rangsangan kepada ekonomi pada suku ketiga.
Kegiatan perdagangan yang semakin bertambah dalam sektor kewangan dan lebih banyak pelancong China yang kembali ke sini juga mendorong prestasi lebih kukuh ekonomi.
Semua kelompok pengilangan mencatat pertumbuhan dalam keluaran pada suku ketiga, dirangsang oleh elektronik yang berkembang sebanyak 15.4 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu.
Kelompok bioperubatan juga tumbuh sebanyak 8.8 peratus selepas menguncup bagi 10 suku.
Dalam sektor kewangan, lebih banyak kegiatan perdagangan lebih kukuh disaksikan di tengah-tengah turun naik pasaran.
MAS menyatakan "pergerakan pantas pasaran sejagat" pada bulan Ogos menyaksikan pelabur mengimbangi semula portfolio mereka.
Sehubungan itu, industri berkaitan pelancongan meraih manfaat daripada kenaikan dari purata ketibaan pelawat setiap bulan. Jumlah pelawat China naik sebanyak 56 peratus, menyumbang kepada sekitar dua pertiga peningkatan dari segi ketibaan.
Kadar penginapan di hotel juga meningkat dari Julai hingga Ogos, sebahagiannya dirangsang oleh tempoh penginapan lebih lama dalam kalangan pelancong China, menurut MAS.
MAS juga menarik perhatian kepada pilihan raya presiden di Amerika Syarikat dan ketegangan di Timur Tengah sebagai faktor risiko yang mungkin menjejas prospek ekonomi Singapura.
Ketahanan pemulihan kitaran teknologi juga kekal tidak menentu, menurut MAS, sambil menambah bahawa ia boleh mudah terjejas oleh keadaan permintaan agregat.
INFLASI AKAN MENJADI LEBIH PERLAHAN
Inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet, dijangka berakhir tahun ini pada sekitar 2 peratus berbanding setahun lalu, ramal bank pusat itu.
Berbanding dengan suku ketiga, bagaimanapun, inflasi boleh meningkat pada tiga bulan terakhir tahun ini disebabkan permintaan musiman.
Trend yang kian menurun dijangka berterusan meskipun keadaan turun naik mungkin berlaku.
Subsidi jagaan kesihatan awam yang disemak semula dijangka membantu inflasi khidmat penting untuk naik dengan lebih perlahan, dan harga minyak mentah juga lebih rendah berbanding tahun lalu.
Dalam jangka pendek, inflasi dijangka kekal terkawal, dengan inflasi bagi ekonomi besar yang mengeluarkan barangan masih lemah.
Kedua-dua inflasi teras dan utama dijangka berada pada paras purata 1.5 peratus hingga 2.5 peratus tahun depan, sedang kesan barangan dan kenaikan cukai perkhidmatan kian berkurangan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.