Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Penilaian holistik' dilakukan sebelum dibenarkan perjalanan ke luar negara: Chee Hong Tat

Singapura melakukan "penilaian holistik" yang mengambil kira pelbagai faktor selain jumlah jangkitan COVID-19 rendah sebelum memutuskan sama ada akan membenarkan perjalanan ke negara lain, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat pada Khamis ( 4 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
'Penilaian holistik' dilakukan sebelum dibenarkan perjalanan ke luar negara: Chee Hong Tat

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jun 2020 06:15PM Dikemas Kini : 04 Jun 2020 06:22PM

SINGAPURA: Singapura melakukan "penilaian holistik" yang mengambil kira pelbagai faktor selain jumlah jangkitan COVID-19 rendah sebelum memutuskan sama ada akan membenarkan perjalanan ke negara lain, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat pada Khamis ( 4 Jun).

Pertimbangan berkenaan termasuk kemampuan sesebuah negara melakukan ujian COVID-19 dan sejauh mana ia dapat mengawal jangkitan, kata Encik Chee di Parlimen sebagai menjawab Anggota Parlimen (AP) Mountbatten, Lim Biow Chuan. Encik Lim bertanya bagaimana Pemerintah menangani isu di melibatkan negara-negara yang tidak melakukan pemeriksaan yang cukup bagi virus korona dan lantas menunjukkan jumlah jangkitan yang lebih rendah daripada jumlah sebenar.

"Ini adalah penilaian holistik sebelum kita memutuskan negara mana yang cukup selamat untuk mengatur laluan hijau," katanya.

"Dan negara-negara lain membuat penilaian yang sama tentang kita, jadi ia adalah kesepakatan dua hala sebelum kita dapat mewujudkan laluan tersebut."

Pada Rabu, aturan jalur hijau pertama, antara Singapura dan enam wilayah atau bandar China, akan dilancarkan pada 8 Jun.

Encik Chee berkata di Parlimen bahawa selain memastikan penularan COVID-19 dalam masyarakat di kedua-dua negara berada dalam keadaan terkawal, pengunjung juga harus menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) dalam masa 48-jam sebelum berangkat bagi aturan laluan hijau diluluskan.

Pengaturan seperti itu adalah sebahagian daripada pembukaan semula sempadan Singapura secara bertahap-tahap kepada perjalanan antarabangsa yang selamat, kata Encik Chee lagi.

Sekatan lawatan jangka pendek ke Singapura pertama kali dilaksanakan pada 22 Mac untuk mencegah kes import COVID-19.

Encik Chee berkata perjalanan akan dimulakan semula dalam skala terhad, dengan tumpuan utama pada "perjalanan penting bagi perniagaan untuk beroperasi semula dan untuk tujuan seperti mengekalkan infrastruktur kritikal dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan".

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan