Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga kedai kejiranan bimbang pasar raya disertakan dalam Skim Baucar CDC

Anggaran Waktu Membaca:
 Peniaga kedai kejiranan bimbang pasar raya disertakan dalam Skim Baucar CDC

Gambar: CNA/ Cheryl Lin

Diterbitkan : 13 May 2022 07:29PM Dikemas Kini : 13 May 2022 07:30PM

SINGAPURA: Bagi Cik Nicole Sia yang memiliki sebuah kedai kecil menjual kedai pakaian di Ang Mo Kio, beliau berasa sangat lega apabila jualannya melonjak setelah baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) diagihkan pada Disember lalu.

Setiap isi rumah diberikan baucar bernilai S$100 bertujuan untuk membantu mereka dengan perbelanjaan harian di samping merancakkan perniagaan para penjaja dan peruncit di kedai-kedai kejiranan.

"Dengan baucar itu, orang ramai akan belanja lebih, kata pemilik kedai Peach Fashion. Beliau menambah bahawa ada beberapa orang yang menghabiskan baucar S$100 di kedainya semasa tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

Ini meningkatkan keuntungan beliau sebanyak 10 peratus. Cik Sia berharap ia akan berlaku lagi dalam pusingan kedua pengagihan baucar yang dilancarkan pada Rabu (11 Mei).

Namun, beliau juga khuatir perniagaan kecil sepertinya hanya akan mendapatkan keuntungan yang lebih kecil apabila para pembeli dibenarkan menggunakan baucar itu di pasar raya utama pada 2023 dan 2024.

"Baucar ini sepatutnya diberikan untuk menyokong perniagaan yang kecil dan bukan syarikat besar kerana mereka tidak memerlukan bantuan," kata Cik Sia.

"Keadaan sekarang sukar dan pertolongan sepatutnya diberikan lebih kepada kami."

TIDAK SEMUA PERNIAGAAN BIMBANG

Namun, tidak semua perniagaan bimbang dengan keputusan untuk menyertakan pasar raya utama dalam Skim Baucar CDC.

Cik Toh Pei Ru, pengurus kedai peralatan dapur Poh Hua Industrial di Ang Mo Kio, berkata, "Jika pembeli perlu beli barangan, mereka masih akan datang dan membeli periuk, sama ada mereka mendapat baucar atau tidak."

Kedai beliau menyaksikan pertumbuhan sekitar lima hingga 10 peratus dengan baucar namun beliau menambah bahawa "lebih ramai orang perlukan makanan berbanding dengan membeli barangan".

Encik Anwardeen Sulaiman yang memiliki gerai mi dan sayur di Geylang Serai berkata, "Saya tidak rasa ada bezanya...meskipun tanpa baucar, para pembeli tetap akan datang ke pasar. Mereka masih perlu membelanjakan wang.”

ADAKAH BAUCAR BENAR-BENAR MEMBANTU PERNIAGAAN?

Cik Low berkata bahawa baucar CDC sudah merancakkan perniagaan di kedai-kedai kejiranan.
Beliau mendedahkan bahawa Persatuan Peniaga Kawasan Pilihan Raya Ang Mo Kio menyaksikan lonjakan 15 hingga 20 peratus pelanggan yang datang ke kedai dalam dua minggu pertama baucar diagihkan Disember lalu.

Namun ada beberapa perniagaan yang tidak melihat pertumbuhan ketara dalam jualan menerusi baucar tersebut. Ini termasuk Encik Anwardeen.

Encik Goh daripada Ryffles Optical juga tidak melihat perubahan yang ketara dalam jualan beliau. Ini mungkin disebabkan kekurangan pelanggan di kawasannya, kata beliau.

"Pemerintah memberikan banyak wang, tetapi ia dibahagikan kepada merata tempat," tambah beliau.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan