Peniaga kawal jumlah, sedekah makanan buka puasa untuk elak pembaziran
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Para peniaga makanan mengambil pendekatan daripada peringkat awal untuk mengawal jumlah hidangan buka puasa bagi mengelak pembaziran pada Ramadan ini.
Malah bagi sesetengah daripada mereka, amalan ini sudahpun dilaksanakan secara tetap di luar bulan puasa.
Ia termasuk merancang dengan teliti bahan-bahan mentah yang dibeli dan disimpan.
Selain itu, amalan sedekah juga menjadi kelaziman pada bulan Ramadan ini agar makanan berlebihan tidak dibuang begitu sahaja.
Restoran Makan Minang di Kandahar Street misalnya mengamalkan sikap berhemah dalam menyediakan juadah buka puasa.
Langkah keselamatan makanan yang ketat oleh pihak berkuasa menyusuli kes-kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lalu juga menyebabkan restoran ini lebih berhati-hati apabila mahu memberikan makanan.
"Ada satu tempoh yang banyak kes keracunan makanan. Untuk mencegahnya kita sudah dah tak boleh letak makanan di masjid. Dulu, waktu dulu kita masak macam biasa. Sekarang kita perlu kawal makanan kita supaya pembazirannya tak begitu banyak. Kita dah tahu hari apa, macam hari Isnin hingga Rabu atau Khamis kita dah tahu berapa banyak kita nak masak. Hari Jumaat, Sabtu minggu, pada hujung minggu kita masak lebih sikit," kata Encik Hazmi Zin, pengurus Rumah Makan Minang.
DASAR SIFAR SISA
Syarikat The Black Hole Group yang mempunyai sepuluh cawangan restoran pula jarang perlu menangani makanan berlebihan.
Ini kerana ia mengamalkan dasar sifar sisa dan semua hidangan dalam menu dimasak mengikut pesanan dan syarikat itu memantau inventori yang ditetapkan oleh Pengurus Operasi.
Ini sudah menjadi amalan berpanjangan syarikat itu sama ada di dalam atau luar bulan Ramadan.

"Para kakitangan kami akan menempah bahan-bahan mentah berdasarkan apa yang ditetapkan, bagi mengawal stok kami tetapi masa yang sama supaya tidak kekurangan bahan. Kami juga mengambil kira sebarang lonjakan penjualan kerana perayaan atau musim cuti. Kami membuat anggaran trend penurunan penjualan menerusi data yang kami pantau," kata Encik Sufi Hassan, Ketua Produk The Black Hole Group.
Para cef di cawangan-cawangannya juga mencari cara-cara kreatif untuk
menggunakan semula kulit sayur-sayuran misalnya untuk mencipta hidangan baru atau mengolah semula sebagai makanan untuk para kakitangannya.
SEDEKAH MAKANAN LEBIH
Selain membuat perancangan teliti, ada peniaga juga bersedekah sekiranya masih ada makanan berlebihan.
Encik Hazmi yang mewarisi perniagaan turun-temurun Rumah Makan Minang misalnya dibesarkan dalam keluarga yang biasa bersedekah makanan bagi mengelak pembaziran.
Sekitar setengah jam sebelum waktu buka puasa juadah buka puasa akan diberikan kepada para pelanggan yang membeli makanan di restorannya.
Para pelanggan menghargai pemberian itu dan malah ada yang sangat menyukainya sehingga kembali pada hari lain untuk membelinya pula.
Lauk-pauk yang berlebihan akan diberikan kepada para pekerja.
Berkongsi makanan berlebihan juga dilakukan Cik Razlina Razak yang berniaga dari rumah.
Asalnya menyediakan sajian untuk ibu berpantang, beliau kemudian membuka tempahan untuk hidangan buka puasa pada Ramadan.
Bahan-bahan untuk tempahan sehari yang tidak terpakai, dimasak sekali untuk disedekahkan.
Ini mendorong rakan-rakan peniaga lain yang juga tidak mahu membazir makanan.

"Ramai peniaga dari rumah yang saya kenal, mereka mula tanya-tanya saya pun nak buat juga. Jadi saya jawab silakan, datang saja dan letak saja makanan itu di luar. Jangan buang, jangan apa-apa. Berikan saja dan saya pasti ada orang mungkin mahu, orang akan mungkin perlukan," kata Cik Razlina.
Sehingga 30 set makanan tambahan boleh dimasak, hasil bahan-bahan berlebihan yang dibelinya.
Pada jam 6 petang setiap hari, makanan untuk diberikan percuma oleh beliau dan rakan-rakan peniaga dari rumah yang lain akan diletakkan di atas meja setelah ia diuar-uarkan di laman media sosialnya.
Tiada makanan terbazir kerana semuanya habis diambil.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.