Skip to main content

Singapura

Peniaga HBB guna strategi pemasaran kreatif pada Deepavali, musim perayaan

Norma baru urus niaga dek pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perniagaan berpindah ke wadah-wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Nov 2020 09:30PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 10:13PM

BERITAmediacorp: Norma baru urus niaga dek pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perniagaan berpindah ke wadah-wadah online.

Di tengah-tengah persaingan lebih sengit sekarang, pelbagai inisiatif kreatif dan promosi ditawarkan.

Beberapa peniaga dari rumah (HBB) yang menjual kuih, berkongsi bersama BERITAmediacorp bagaimana musim perayaan hujung tahun seperti Deepavali pada Sabtu (14 Nov), memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Seperti perayaan lain di Singapura, tarikan utama Deepavali selalunya ialah makanan. Kuih Raya yang biasanya disajikan di rumah terbuka setiap tibanya Aidilfitri turut menjadi hidangan pilihan pada perayaan Deepavali.

TARTNUTELLALALA AMBIL TEMPAHAN SEBULAN SEBELUM DEEPAVALI

Pemilik Tartnutellalala, Cik Nurhidayati, berkata selain kuih tradisional seperti kuih tart, biskut-biskut jenis baru juga mendapat permintaan menggalakkan.

"Pada musim Deepavali ini, ramai yang buat tempahan bagi tart Nutella dan kuih tart," kongsi beliau.

Perniagaan yang diusahakan Cik Nurhidayati bermula pada 2017 dan pada Deepavali tahun ini, beliau mengambil 150 botol tempahan kuih.

Related article image

Bagi memastikan beliau dapat memenuhi setiap permintaan pelanggan itu, Cik Nurhidayati mula mengambil tempahan sebulan sebelum Deepavali.
Menurutnya persaingan untuk memikat minat dan kesetiaan pelanggan semakin sengit, memandangkan kedai yang menjual kuih juga membuat kehadiran online.

Lantas Cik Nurhidayati memperkenalkan pelbagai strategi pemasaran.

Ini termasuk perkhidmatan penghantaran percuma serta potongan harga bagi mendorong pembelian dalam jumlah besar.

Related article image

BITESBYMIKA ADAKAN PROMOSI PERAYAAN

Bagi Cik Mikawati, pemilik BitesByMika, langkah mengadakan promosi perayaan terbukti berbaloi.

Perniagaannya meningkat sedikit tahun ini dengan permintaan bagi kuih tart khususnya bertambah sebanyak 40 peratus.

"Selalunya pada musim perayaan Tahun Baru Cina atau Hari Raya, saya tidak mengadakan promosi. Tapi tahun ini, saya mengadakan tawaran istimewa sedikit buat perayaan Deepavali iaitu promosi 'bundle'. Maksudnya, kalau pelanggan menempah tiga macam kuih berbotol besar daripada BitesbyMika, kami akan berikan harga istimewa khas buat mereka," menurut Cik Mikawati.

Related article image

Bagi BitesByMika, kuih tart serta biskut cornflakes coklatnya menjadi pilihan ramai pelanggan.

"Mereka buat banyak tempahan bagi kuih tart saya dan juga biskut cornflakes chocolate," kongsi beliau.

STRATEGI, KONSEP BARU PERNIAGAAN

Tinjauan kami ke atas beberapa lagi peniaga kuih dari rumah juga menunjukkan bahawa ramai yang menawarkan promosi istimewa sempena Deepavali ini dan musim perayaan hujung tahun - dari jenis kuih yang dijual hingga ke khidmat penghantaran percuma.

Misalnya, bagi Dayabakes yang menjual 'scones', ia menawarkan promosi 11.11 selaras dengan perayaan Deepavali.

Threemombakes pula, yang mengadakan promosi Deepavali buat kali pertama tahun ini, memberi khidmat penghantaran percuma jika pelanggan membeli kuih berjumlah S$60.

Bagi kedua-kedua peniaga HBB ini, mereka mendapati peningkatan dalam jumlah pelanggan yang membuat tempahan.

Meskipun perniagaan sudah meningkat sedikit berbanding tempoh pemutus rantaian COVID-19, para peniaga HBB melahirkan harapan Fasa Ketiga pembukaan semula ekonomi Singapura nanti akan membantu merancakkan lagi perniagaan mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita