Skip to main content

Singapura

Peniaga gunting rambut juga boleh minta bantuan harungi COVID-19: Faishal

Para pekerja kedai gunting rambut digesa manfaatkan bantuan yang disediakan Pemerintah untuk "membantu diri dan keluarga" mereka mengharungi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga gunting rambut juga boleh minta bantuan harungi COVID-19: Faishal

Gambar fail Prof Madya Faishal Ibrahim dapatkan khidmat gunting rambut semasa sebuah karnival amal pada 2018 (Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)

Diterbitkan : 25 Apr 2020 12:59PM Dikemas Kini : 25 Apr 2020 01:13PM

SINGAPURA: Para pekerja kedai gunting rambut digesa manfaatkan bantuan yang disediakan Pemerintah untuk "membantu diri dan keluarga" mereka mengharungi pandemik COVID-19.

Membuat seruan itu dalam catatan Facebook pada Sabtu (25 Apr), Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengakui langkah pemutus jangkitan yang diperketat ini adalah mencabar bagi ramai peniaga.

"Banyak perniagaan dan kakitangan terjejas oleh langkah pemutus rantaian jangkitan yang dilanjutkan. Mereka termasuk perniagaan yang kerap kita langgani seperti kedai dandanan dan gunting rambut. Ini adalah keputusan sukar yang dibuat pada masa yang sukar, namun perlu demi menjaga kemaslahatan semua orang," kata Dr Faishal dalam catatannya.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa terdapat pelbagai skim bantuan yang boleh dimanfaatkan.

"Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya menyeru kepada rakan-rakan tukang gunting rambut Melayu kita. Saya tahu anda terjejas oleh langkah pemutus jangkitan yang diperketat. Kami ingin anda tahu bahawa terdapat bantuan tersedia untuk membantu anda dan keluarga mengharungi tempoh pandemik COVID-19 ini," kata beliau.

Menyenaraikan beberapa skim bantuan pemerintah dan rakan masyarakat yang sedia ada, Dr Faishal turut menyeru agar orang ramai tampil menghubungi Hotline CARE Kebangsaan di talian 1800-202-6868 jika mereka memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah.

"Harap kongsi catatan ini kepada sesiapa yang anda kenali yang mungkin memerlukan bantuan," gesa Dr Faishal.

Pada Selasa (21 Apr), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengumumkan beberapa jenis kedai yang sebelum ini boleh dibuka semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan tetapi kini perlu ditutup sedang pemerintah menghadkan lagi senarai khidmat penting untuk mengekang penularan COVID-19.

Selain kedai-kedai persendirian seperti yang hanya menjual minuman, snek dibungkus dan manisan, kedai-kedai gunting rambut juga perlu menggantung operasi mereka, menurut kementerian itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita