Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga F&B lega dapat terima pelanggan duduk makan meski terjejas akibat had 2 orang

Mulai Isnin (21 Jan), orang ramai dibenarkan menjamu selera di tempat makan dan minum F&B, namun dalam kumpulan sehingga dua orang berbanding lima orang yang diumumkan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga F&B lega dapat terima pelanggan duduk makan meski terjejas akibat had 2 orang

Para peniaga F&B lega dapat menerima pelanggan duduk makan meski terjejas akibat had dua orang.

SINGAPURA: Mulai Isnin (21 Jan), orang ramai dibenarkan menjamu selera di tempat makan dan minum F&B, namun dalam kumpulan sehingga dua orang berbanding lima orang yang diumumkan sebelum ini.

Para peniaga dan pelanggan pada umumnya melahirkan rasa lega ekoran pengumuman oleh pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai COVID-19 (MTF) hari ini (18 Jun).

Ramai yang dihubungi BERITAmediacorp akur bahawa keputusan itu penting bagi menangani keadaan COVID-19 yang masih berubah-ubah.

Para peniaga F&B lega dapat menerima pelanggan duduk makan meski terjejas akibat had dua orang.

Meskipun demikian, sebilangan daripada mereka juga melahirkan rasa kecewa kerana telah mengharapkan dapat makan semeja dengan lima orang.

Bagi kafe dan restoran, pengumuman itu turut menjejas tempahan makan di premis.

"Selepas pengumuman tadi, ada banyak pembatalan dari segi tempahan pelanggan kerana mereka masih ingatkan lima orang dibenarkan tetapi ia sudah pun dikurangkan kepada dua," kata Encik Hafiz Alkhatib, pemilik The Malayan Council.

"Ini juga amat mencabar buat kami semua kerana kami tak pernah menyambut dua orang tetamu untuk makan di restoran," tambah beliau.

BUAT PENYESUAIAN, PERSIAPAN TAMBAHAN

Selain itu, para pemilik tempat makan dan minum F&B juga terpaksa membuat penyesuaian dengan kapasiti yang terpaksa dikurangkan dek pengumuman tersebut.

Misalnya, bagi pemilik The Wonderment Collective, Dr Faizal Kassim, beberapa pengubahsuaian terpaksa dilakukan di kafenya.

(Gambar: TWC)

(Gambar: TWC)

"Daripada lima orang, kita terpaksa turun kepada dua. Jadi kita harus merombak sedikit cara kita meletakkan meja dan kerusi. Kita juga harus mematuhi pengurusan jarak selamat jadi sudah tentu kapasiti akan turun," ujar Dr Faizal.

Meski terpaksa mengurangkan kapasiti pelanggan di tempat makan mereka, mereka tetap bersyukur kerana dapat menerima pelanggan duduk makan di dalam kedai sekali lagi.

"Mungkin dua orang pelanggan lebih baik daripada tiada pelanggan langsung dan ini juga membolehkan kami menolong kawal jangkitan ini daripada merebak," kata Dr Faizal.

Bagi pemilik Penny University, Encik Muhammad Fahmi Zailani, beliau juga turut teruja untuk menerima pelanggan makan di restorannya setelah sebulan mereka tidak datang.

"Sebenarnya, kami sudah menjangkakan keputusan ini. Kami berasa kecewa tetapi bersyukur juga kerana dapat menyambut tetamu makan selepas sekian lama mereka tidak dibenarkan makan di restoran kami," kata Encik Fahmi.

Selain itu orang ramai yang BERITAmediacorp temui di Pusat Penjaja Adam Road turut mengalu-alukan dapat menjamu hidangan di gerai kegemaran mereka meskipun hanya dua semeja.

Bagi para penjaja pula, yang menyaksikan perniagaan mereka merosot semasa fasa kewaspadaan dipertingkat, pelonggaran sekatan Isnin depan, satu langkah permulaan untuk menarik kembali pelanggan ke gerai mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan