Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga beralih ke pasaran kesihatan mental dek lebih ramai pekerja alami 'burnout'

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga beralih ke pasaran kesihatan mental dek lebih ramai pekerja alami 'burnout'

Tembok memanjat Project Send di The Esplanade Mall. (Gambar: Project Send)

Diterbitkan : 07 Oct 2022 09:36AM Dikemas Kini : 07 Oct 2022 05:13PM
SINGAPURA: Sekali pandang, anda mungkin tidak menjangkakan satu sesi terapi sedang berlangsung di gimnasium memanjat tembok.

Namun itulah matlamat Project Send, di The Esplanade Mall, yang memberi tumpuan pada usaha membina daya tahan mental dan yakin diri dalam kalangan
pelanggan mereka.

"Di peringkat antarabangsa, memanjat tembok dilihat sebagai satu jenis terapi. Anda perlu sedar kekuatan dan batasan anda supaya anda boleh menghuraikan masalah," kata Encik Kenneth Ng, pengarah Project Send.

Gim berkenaan merupakan beberapa perniagaan di Singapura yang menambah komponen kesihatan mental kepada kegiatan yang ditawarkan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Misalnya, ia menganjurkan bengkel setiap tiga bulan yang mendakwa dapat membantu orang ramai menjadi lebih kuat dari segi mental melalui teknik memanjat dan pernafasan.

Perniagaan di Singapura mula beralih untuk menembusi pasaran kesihatan mental yang menguntungkan sedang lebih banyak pekerja menangani keletihan bekerja atau "burnout" ketika pandemik COVID-19.

Satu laporan oleh badan tidak meraih untung Global Wellness Institute (GWI) menunjukkan bahawa ekonomi kesejahteraan Singapura berada di kedudukan ke-14 daripada 45 negara di rantau Asia Pasifik.

Iai juga merupakan sektor utama yang ingin diberi perhatian oleh pihak berkuasa pelancongan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

GWI meramalkan nilai ekonomi kesejahteraan akan mencecah AS$7 trilion (S$10 trilion) menjelang 2025.

"PELANGGAN HARUSLAH BIJAK"

Ketika lebih banyak perniagaan cuba memanfaatkan kesedaran yang kian meningkat emengenai isu kesihatan mental, ahli psikologi klinikal Jocelyn Cheng berkata adalah penting bagi pelanggan untuk mengenali perbezaannya.

"Dari segi kesihatan mental, terdapat beberapa suplemen ataupun amalan baik yang sesuai dengan idea penjagaan diri," tambah beliau.

"Kemudian ada aspek yang lain dari segi terapi yang disokong secara saintifik. Jadi saya rasa di situlah letaknya perbezaan dan ia mungkin dikaburkan."

Untuk menentukan manfaat saintifik sesuatu program terutamanya yang berasaskan meditasi, bukan satu perkara yang mudah, kata beliau sambil menambah bahawa pelanggan harus bijak memilih.

"Saya rasa anda boleh mulakan dengan meneliti sama ada program yang dijalankan itu diluluskan di Singapura dan jika ada masyarakat antarabangsa yang menyokongnya," tambah beliau.

Di mana boleh anda dapatkan bantuan:

Talian Samaritans of Singapore: 1767

Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222

Talian Bantuan Persatuan bagi Institut Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019

Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini. Jika seseorang yang anda kenali dalam keadaan berisiko, segera hubungi perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan