Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga Bazar Hab Tampines Kita cuba kurangkan pembaziran makanan tidak terjual

Antara tarikan bazar-bazar Ramadan adalah pelbagai jenis makanan dan minuman yang ditawarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Antara tarikan bazar-bazar Ramadan adalah pelbagai jenis makanan dan minuman yang ditawarkan.

Namun ada kebimbangan lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual akan dibuang begitu sahaja.

Para peniaga makanan di Bazar Hab Tampines Kita (OTH)
yang ditemui BERITAmediacorp berkata mereka cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran.

"Untuk kurangkan pembaziran kita kena buat perkiraan yang teliti. Contohnya macam hari ini hari terakhir kita di sini.Jadi setiap orang cakap itu, makanan mentah, atau proses, atau masak, kita pastikan habis untuk hari ini. Kita tidak simpan-simpan apa lagi," kata Encik Saleh Maksah.

Namun, tidak semua makanan dapat diselamatkan.

Maka itu, usaha memproses sisa makanan yang dijalankan pihak OTH dialu-alukan.

Secara purata, kira-kira tiga tan sisa makanan dikumpulkan pihak OTH pada hari-hari biasa setiap bulan.

Namun sejak Bazar Ramadan dibuka di situ pada 1 April lalu, jumlah sisa makanan yang dikumpul mencecah 1.5 tan.

Sisa makanan yang dikumpulkan itu dibawa ke besmen OTH untuk diproses untuk dijadikan baja kompos.

Dengan menggunakan dua mesin 'digester', ia boleh memproses sehingga 2 tan sisa makanan setiap hari.

Selepas diproses selama 24 jam, ia dapat menghasilkan tiga produk termasuk baja organik, cecair nutrien untuk tumbuh-tumbuhan dan air yang tidak boleh diminum yang dapat digunakan semula di taman eko masyarakat yang terletak di aras lima OTH

PENJAJA SOKONG USAHA, AMALKAN SIKAP MESRA ALAM

Selain peniaga bazar dan penjaja makanan di OTH turut menyokong usaha sedemikian kerana memberikan mereka peluang menyumbang kepada alam sekitar.

"Tidak dinafikan kadang-kadang kita ada pembaziran makanan. Jadi kita rasa alamak macam sayang begitukan. Tapi kalau ada inisiatif untuk mengitar semula makanan untuk kegunaan lebih baik, " kata Encik Saleh

Pemilik gerai Mommy Rendang Cik Mariyah Gumbrek juga mengalu-alukan usaha tersebut.

"Baja itu boleh digunakan juga, boleh ditanam lagi dan kita boleh makan balik apa yang ditanam itu," kata Cik Mariyah.

Pemilik gerai Hj Salim Food Stall turut menggalakkan para pelanggannya untuk bersikap mesra alam.

"Kita suruh pelanggan bawa bekas atau plastik dari rumah, mereka akan membawanya dan kita menggalakkan dan memberi potongan harga," ujarnya.

Bagi menjadikan sistem tersebut lebih efektif dan dapat bertahan, OTH berharap untuk memperluaskan lagi usaha pendidikan dan langkah-langkah tentang pengasingan makanan kepada para penjaja dan masyarakat.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan