Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peniaga ayam di pasar bersedia tutup kedai sebaik sahaja bekalan habis

Beberapa peniaga ayam segar di pasar-pasar bersedia untuk menutup kedai sedang langkah Malaysia mengharamkan eksport ayam bermula secara rasmi hari ini (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2022 07:39PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 09:50PM
SINGAPURA: Beberapa peniaga ayam segar di pasar-pasar bersedia untuk menutup kedai sedang langkah Malaysia mengharamkan eksport ayam bermula secara rasmi hari ini (1 Jun).

Meskipun ada peniaga ayam berjaya mendapatkan separuh daripada bekalan biasa hari ini, mereka mengatakan hanya mampu untuk bertahan sehingga minggu depan saja.

Namun begitu, orang ramai kelihatan tidak terburu-buru membeli ayam segar pagi ini.

Para peniaga berkata ini mungkin kerana para pelanggan sudah membeli secukupnya sebelum ini.

Dengan bekalan dikurangkan, para peniaga berkongsi bahawa mereka tidak menjangka akan membuka kedai pada minggu-minggu mendatang.

Sementara itu, sebuah syarikat yang mempunyai 16 ladang di Malaysia menyatakan pihaknya kini tidak dibenarkan mengeksport ayam kampung dan organik.

Ini menyusuli perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan semalam.

Ayam kampung membentuk dua pertiga eksport syarikat itu ke Singapura.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan