Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengutip hutang diwajibkan berlesen selepas Parlimen luluskan Rang Undang-Undang baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2022 11:21PM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 11:51PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi para pengutip hutang perlu memohon lesen dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan setelah satu Rang Undang-Undang diluluskan di Parlimen hari ini (13 Sep).

Rang Undang-Undang Pungutan Hutang bertujuan untuk menguruskan dengan lebih baik kegiatan mengutip hutang di Singapura selepas jumlah aduan daripada masyarakat umum mengenai kegiatan tersebut meningkat.

Piawai yang ditetapkan bagi syarikat-syarikat pengutip hutang, dan perniagaan-perniagaan serta pengutip hutang yang tidak bertanggungjawab akan ditangani mengikut undang-undang.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling, yang membentangkan Rang Undang-Undang tersebut, berkata jumlah aduan polis terhadap syarikat-syarikat pengutip hutang dan pengutip hutang lain berkaitan kelakuan mereka kekal tinggi.

Purata 367 aduan dibuat setiap tahun dari 2018 hingga 2021.

"Sebahagian besar aduan dibuat terhadap cara pungutan hutang yang menyasarkan untuk memberi tekanan ke atas peminjam dengan menyebabkan mereka berasa malu di tempat awam dan mengaibkan mereka," kata Cik Sun.
Beliau merujuk kepada kes 2019 yang menjadi tajuk berita setelah seorang pengutip hutang sanggup berpakaian bagi upacara persemadian semata-mata untuk mengganggu peminjam. Pengutip hutang itu membawa sepanduk yang tertera wajah peminjam, tanglung dan kertas colok, sambil berteriak dan melutut di luar tempat kerja peminjam.

"Pengutipan hutang adalah kegiatan ekonomi yang sah yang memenuhi tanggungjawab untuk membayar balik hutang. Sekalipun demikian, individu dan perniagaan tidak harus berdepan dengan kaedah pungutan hutang yang jelas melampaui apa yang dianggap tekanan munasabah bagi mendapatkan bayaran. Lebih-lebih lagi jika kaedah itu juga menjejas keselamatan masyarakat awam," ujar Cik Sun.

 
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan