Pengusaha hotel Loh Lik Peng dilantik sebagai pengerusi SLA
Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada Isnin (28 Jul) mengumumkan beberapa perubahan terhadap pelantikan lembaga pengarah di Penguasa Tanah Singapura (SLA), termasuk seorang pengerusi baharu dan pembuat filem Boo Junfeng sebagai anggota lembaga baharu.
Encik Loh Lik Peng (kiri) akan menggantikan Encik Yeoh Oon Jin sebagai pengerusi SLA. (Gambar: MinLaw)
This audio is generated by an AI tool.
Loh Lik Peng, pengasas dan pengarah Unlisted Collection dan seorang pengusaha hotel, restoran dan usahawan akan dilantik sebagai pengerusi lembaga SLA pada 1 Ogos.
Beliau merupakan ahli lembaga pengarah SLA sejak 2017 dan dilantik sebagai timbalan pengerusi pada 2020.
Beliau akan menggantikan Yeoh Oon Jin, yang merupakan mantan pengerusi eksekutif PwC Singapore dan ahli lembaga pengarah SLA sejak 2016.
"Di bawah kepimpinannya, SLA mencatat kemajuan ketara dalam mengubah harta-harta negara untuk berkhidmat bagi perniagaan dan masyarakat," kata MinLaw.
"Sebagai pengerusi, Encik Yeoh memperjuangkan penggunaan semula harta-harta negara secara adaptif bagi lebih banyak kegunaan sosial dan masyarakat, berjaya menghidupkan ruang-ruang pelbagai bagi pembangunan masyarakat dan manfaat sosial serta mengubah harta-harta negara bagi kegunaan yang selaras dengan keperluan dalam masyarakat yang berubah-ubah."
Ini termasuk memberi nafas baharu kepada bangunan warisan seperti bangunan lama Hospital St Andrew's Mission, menurut MinLaw.
Encik Yeoh juga bantu memajukan pembangunan portal pengangkutan digital, "yang akan mengubah manual sedia ada, proses pengangkutan berasaskan kertas kepada proses digital yang cekap dan diperkemas".
MinLaw dan SLA mengucapkan terima kasih kepada Encik Yeoh atas khidmat dan sumbangannya.
Jerry Koh, seorang peguam korporat dan rakan kongsi pengurusasn di Allen and Gledhill akan dilantik sebagai timbalan pengerusi lembaga pada 1 Ogos.
Beliau merupakan anggota lembaga pengarah itu sejak 2020.
AHLI LEMBAGA BAHARU
Encik Boo, seorang pengarah dan penulis di Peanut Pictures akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah SLA selama dua tahun.
Filem-filem terbitan beliau berjudul Sandcastle dan Apprentice, ditayangkan di Pesta Filem Cannes.
Beliau juga adalah pengarah kreatif bagi Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura pada 2018, 2021 dan 2025.
Encik Boo juga adalah pengerusi Pesta Filem Antarabangsa Singapura.
Seorang lagi individu yang dilantik ke lembaga pengarah SLA adalah Rafiq Mohamad, yang merupakan pengasas dan pengarah kreatif dan penjenamaan agensi reka bentuk Feral.
Antara klien-klien di agensi itu termasuk Muzium Seni Singapura, The Lo and Behold Group dan Restaurant Labyrinth.
Lagi enam ahli lembaga pengarah termasuk pengurus besar Gojek Singapore, Lien Choong Luen, dilantik semula untuk lagi dua tahun.
Angeline Poh, ketua pelanggan dan pegawai pembangunan korporat Mediacorp tamat penggalnya pada 31 Julai.
"MinLaw dan SLA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Poh atas sumbangan tidak ternilai beliau kepada SLA semasa tempoh pelantikannya," menurut kedua-dua agensi itu.
Dengan lima ahli lembaga pengarah yang terus berkhidmat - termasuk ketua eksekutif Calvin Phua -SLA akan mempunyai 13 ahli lembaga pengarah selepas 1 Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.