Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurus syarikat khidmat pindah rumah didenda; buang perabot, sisa isi rumah secara haram

Seorang pengurus syarikat perkhidmatan pindah rumah didenda sejumlah S$10,500 kerana membuang perabot dan sisa isi rumah lain secara haram pada September 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus syarikat khidmat pindah rumah didenda; buang perabot, sisa isi rumah secara haram

Sooraj Selvaraj mengaku bersalah membuang barangan tersebut di Defu Lane 1 di Hougang semasa bertugas. (Gambar: NEA)

Diterbitkan : 06 Jun 2022 04:12PM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 04:12PM
SINGAPURA: Seorang pengurus syarikat perkhidmatan pindah rumah didenda sejumlah S$10,500 kerana membuang perabot dan sisa isi rumah lain secara haram pada September 2020.

Sooraj Selvaraj mengaku bersalah membuang barangan tersebut di Defu Lane 1 di Hougang semasa bertugas, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (6 Jun). Kes tersebut didengar di mahkamah pada Khamis.

Siasatan mendapati Soora ditugaskan untuk menghantar perabot dan barangan isi rumah yang tidak lagi diperlukan seorang pelanggan kepada sebuah kemudahan kitar semula. Barangan tersebut termasuk almari kayu yang sudah dipecahkan dan kotak berisi kertas.

"Bagaimanapun, kemudahan kitar semula itu tutup apabila dia tiba di sana," menurut NEA.

"Bagi memudahkan kerjanya, Encik Sooraj mengarahkan pekerjanya untuk memunggah barangan dalam lori itu di sebatang lorong terpencil di Defu Lane 1, sementara dia memerhati keadaan sekeliling bagi kehadiran kenderaan dan orang ramai."

Sooraj, seorang pesalah kali pertama, didapati bersalah atas satu tuduhan dan dikenakan hukuman denda mahkamah.

Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$50,000, atau penjara sehingga setahun.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$100,000 dan dipenjara sekurang-kurangnya sebulan dan sehingga setahun.

NEA menyatakan pembuangan sisa secara haram "memberi risiko sekitaran dan kesihatan awam, dan merosakkan ruang awam".

Agensi itu juga menambah pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang membuang sisa secara haram.

Orang ramai boleh melaporkan kes disyaki pembuangan secara haram kepada NEA melalui borang maklum balas online atau aplikasi mudah alih myENV.

Mereka juga boleh menghubungi NEA di 6225 5632.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa