Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurus pusat ujian COVID-19 dihukum penjara, salahguna kit ujian ART bernilai S$14,000

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurus pusat ujian COVID-19 dihukum penjara,  salahguna kit ujian ART bernilai S$14,000

Kit Ujian Pantas Antigen (ART).

SINGAPURA: Apabila seorang pengurus di sebuah Pusat Ujian Pantas COVID-19 sedar kakitangannya membuat kiraan salah bekalan kit Ujian Pantas Antigen (ART), menyebabkan pesanan yang berlebihan, dia segera menutup kesilapan itu untuk elak dari masalah.

Wanita itu dan rakan sekerjanya kemudian bertindak mengambil 103 kotak kit ujian ART bernilai S$14,162.50 dan menjual sebahagian daripadanya di Carousell untuk mendapatkan untung.

Deng Xiangying, 28 tahun, dijatuhkan hukuman tiga minggu penjara pada Jumaat (25 Nov) dan diarah membayar pampasan S$2,505.25.

Deng mengaku bersalah atas satu tuduhan menyalah guna dan menukar kit ujian itu kepada wang tunai.

Mahkamah diberitahu bahawa Deng adalah pengurus di Pusat Ujian Pantas Tekka.
Rakan subahatnya,Audrey Sau Qi Ng, bekerja sebagai penolong ujian saringan.

Pusat itu menyediakan ujian ART yang diselia kepada orang ramai semasa pandemik COVID-19.

Sekitar 19 September 2021, Deng menyedari seorang pekerja di pusat itu tersilap kira dan menyebabkan pesanan berlebihan kit ujian ART yang diperlukan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Deng khuatir dia dan rakan sekerjanya akan berdepan masalah kerana menyebabkan pesanan berlebihan.

Untuk menutup kesilapan itu, Deng dan Sau memutuskan untuk membawa pulang beberapa karton kit ujian ART dari pusat itu.

Secara keseluruhan, pasangan itu mengambil 103 kotak kit ujian ART.

Selepas itu, pasangan tersebut berniat untuk menjual kit ujian ART tersebut di Carousell untuk mendapatkan untung. Mereka menggunakan akaun Carousell Deng atas nama "superbaddict"untuk menjual kit ujian berkenaan.

Mereka menjual sekotak dengan 25 kit ujian ART pada harga S$100 hingga S$140 dari 29 September 2021 hingga 1 Oktober 2021 dan menyediakan khidmat penghantaran.

Polis menerima laporan pada 1 Oktober 2021 bahawa Deng dan Sau menjual kit ujian ART dari pusat Ujian Pantas untuk mendapat keuntungan.

Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang membuat laporan itu.

Secara keseluruhan, Deng dan Sau menjual 44 kotak kit ART kepada 19 pelanggan, memperoleh S$5,363.70. Baki 59 kotak ditemui semasa siasatan.

Kes Sau belum selesai.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan