Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengurus Pizza Hut dipenjara, buat tuntutan dan tebus secara haram mata NTUC LinkPoints bernilai S$18,000

Sepanjang tempoh beberapa bulan, seorang pengurus Pizza Hut secara haram memperolehi mata NTUC LinkPoints, bernilai sekitar S$18,000 yang digunakannya untuk membeli-belah di pelbagai cawangan NTUC.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sepanjang tempoh beberapa bulan, seorang pengurus Pizza Hut secara haram memperolehi mata NTUC LinkPoints, bernilai sekitar S$18,000 yang digunakannya untuk membeli-belah di pelbagai cawangan NTUC.

Nurazleen Rahim melakukan demikian dengan membuat tuntuan LinkPoints untuk dirinya sendiri, apabila tidak dibuat oleh pelanggan Pizza Hut. Kadangkala dia akan dengan sengaja menambah jumlah mata LinkPoints itu secara palsu.

Pada Isnin (27 Jun), Nurazleen, 31 tahun, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan dua minggu setelah mengaku bersalah menipu NTUC Link.

Para pelanggan yang membuat pembelian di Pizza Hut akan mendapat lima mata LinkPoints bagi setiap S$1 yang dibelanjakan.

Pada hujung bulan, NTUC akan mengenakan bayaran S$1 kepada Pizza Hut bagi setiap 150 LinkPoints yang diberikan oleh Pizza Hut.

Antara 2 Mac hingga 23 Mei tahun lalu, Nurazleen memasukkan mata LinkPoints ke dalam dua kad NTUC miliknya sebanyak 79 kali meskipun dia sendiri tidak membuat sebarang pembelian.

Apabila pelanggan yang membeli makanan di cawangannya dan tidak menyerahkan kad NTUC mereka untuk membuat tuntutan mata LinkPoints, Nurazleen akan menggunakan kadnya sendiri.

Pada beberapa insiden, Nurazleen akan menaikkan secara palsu jumlah mata yang diberikan kepada pelanggan dengan memasukkan angka lebih besar di terminal NTUC LinkPoint.

Mahkamah diberitahu Nurazleen menyangka perbuatannya itu tidak akan terbongkar kerana percaya pemberian mata LinkPoints tidak diaudit secara kerap.

Namun apabila kadnya berhenti berfungsi dengan betul pada April 2021, dia meminjam kad teman lelakinya untuk kegunaan peribada. Teman lelakinya itu tidak tahu akan niat wanita tersebut.

Nurazaleen berjaya memperolehi sekitar 2.5 juta LinkPoint, yakni jumlah terkumpul sebanyak S$17,688.

Dia mengaku menggunakan mata yang diperolehi itu untuk membeli-belah di pelbagai cawangan NTUC FairPrice di merata negara.

Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya Cheah Wenjie meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan dijatuhkan ke atas Nurazleen. Beliau menarik perhatian wanita itu tidak membuat sebarang pembayaran balik bagi kesalahan yang dilakukan dan dia menipu sejumlah wang yang besar.

Nurazleen akan mula menjalani hukumannya pada 18 Julai dan kini masih bebas dengan ikat jamin sebanyak S$5,000.

Bagi kesalahan menipu, Nurazaleen boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan