Pengurus nasi lemak Crave gelapkan S$13,500 untuk lunas hutang, kegunaan peribadi
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gara-gara mahu melunaskan pinjaman yang diambil daripada pemiutang berlesen, pengurus Crave Foods menyeleweng lebih S$13,500 daripada majikannya.
Pada Rabu (6 Dis), Haryati Hasan yang berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas dia mengaku bersalah melakukan pecah amanah jenayah sebagai pekerja.
Mahkamah diberitahu bahawa pada masa kesalahan itu dilakukan, Haryati adalah pengurus Crave Foods, sebuah perniagaan makanan dan minuman yang terkenal dengan nasi lemaknya di Adam Road.
Haryati bertanggungjawab mengendalikan wang tunai yang diterima daripada cawangan-cawangan Crave Foods dan memastikan jumlah daripada setiap cawangan dikira berdasarkan hasil jualan setiap hari.
Tugasnya juga termasuk memasukkan wang tunai ke dalam akaun bank syarikat tersebut.
Pada Ogos tahun ini, dia telah mengambil pinjaman daripada pemiutang berlesen dan memerlukan wang untuk membayar balik pinjaman itu.
Ketika itulah dia memutuskan untuk menggunakan sebahagian daripada wang syarikatnya.
Antara 14 dan 24 Ogos, Haryati menyalahgunakan sejumlah S$13,528.15 daripada cawangan Crave Foods di pusat beli-belah Compass One dan Waterway Point. Wang itu adalah hasil jualan yang diperolehi kedua-dua cawangan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Darren Ang berkata, daripada memasukkan wang itu ke dalam akaun bank Crave Foods pada hari yang sama, Haryati secara tidak jujur mengambil wang itu untuk kegunaan peribadi.
Dia menggunakan semua wang yang disalahgunakannya, membelanjakan kira-kira S$6,000 untuk kos perubatan anaknya dan selebihnya sama ada untuk membayar pinjamannya atau untuk perbelanjaan peribadi.
Semasa audit rutin pada 22 Ogos, Crave Foods mendapati wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank adalah lebih rendah daripada hasil jualannya.
Syarikat itu kemudian meminta bantuan Haryati dalam siasatannya.
Apabila dia pertama kali ditanya tentang kekurangan hasil jualan itu, dia berbohong dan memberitahu syarikat bahawa dia telah mendepositkan wang tunai ke dalam akaun banknya.
Bagaimanapun, dia tidak dapat mengemukakan resit untuk membuktikan dakwaannya itu dan kemudian mengakui bahawa dia telah mengambil wang itu untuk kegunaan peribadi.
Untuk membantu membayar wang yang diambilnya, Crave Foods memotong gajinya bagi bulan Ogos tetapi tiada pengembalian lanjut dibuat sejak itu.
Dia akhirnya ditangkap pada 30 Ogos.
Mengusulkan hukuman penjara antara empat dan lima bulan, DPP Ang turut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama Haryati melakukan kesalahan sedemikian kerana dia pernah didapati bersalah pada 2015 atas jenayah yang sama.
Menurut DPP Ang, kesalahan terbaharu Haryati telah dilakukan beberapa kali, yang bermakna bahawa ia bukan satu-satunya kesalahannya dan ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan jenayah.
Atas kesalahan pecah amanah, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.