Pengurup wang catat peningkatan operasi hingga 80% semasa musim perayaan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: CNA/Ang Hwee Min
SINGAPURA: Para pengurup wang tempatan kini menikmati peningkatan operasi sehingga 80% pada musim perayaan kali ini, berbanding tahun lalu.
Ini terutama kerana semakin ramai yang melakukan perjalanan ke luar negara selepas sempadan dibuka semula.
Namun, terdapat juga penambahan kos yang perlu diambil kira, terutama isu tenaga kerja.
Kedai Encik Syed Habeeb tidak putus-putus didatangi pelanggan kerana ingin menukar mata wang asing bagi percutian mereka.
Ringgit Malaysia, Baht Thai dan Rupiah dengan pantas bertukar tangan.
Begitu juga dengan Lira Turki dan Dirham UAE, sedang lebih ramai rakyat Singapura melancong ke tempat-tempat lebih unik.
Encik Habeeb turut berkongsi, lebih ramai pelancong datang ke kedai beliau untuk menukar wang, terutama dari India dan Indonesia.
Sekitar 20 peratus pelanggan beliau terdiri daripada para pelancong.
"Ia sangat melegakan bagi kami, berbanding sepanjang dua tahun lalu. Tahun lepas, terdapat begitu banyak sekatan perjalanan. Tahun ini, sejak April, pemerintah telah melonggarkan pelbagai sekatan dan orang ramai mula lakukan perjalanan, jadi baik untuk kami," kata Encik Syed Habeeb. Pengarah NewsCrest Exchange
Namun para pengurup wang seperti Encik Habeeb masih bersikap berhati-hati, memandangkan ekonomi dijangka tumbuh perlahan tahun depan.
Ada juga kemungkinan tercetusnya satu gelombang baru penularan COVID-19 dari China.
Kadar sewa lebih tinggi serta masalah mendapatkan tenaga kerja turut menjadi hambatan kepada golongan ini yang baru sahaja cuba menghela nafas lega

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.