Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengunjung S'pura ke M'sia merosot dek kesesakan pusat pemeriksaan Johor

Jumlah ketibaan pengunjung dari Singapura ke Malaysia menjunam sebanyak dua juta orang pada 2018, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada Jumaat (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengunjung S'pura ke M'sia merosot dek kesesakan pusat pemeriksaan Johor

Gambar fail kenderaan memasuki CIQ Johor.

Diterbitkan : 05 Apr 2019 10:36PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 10:39PM

GEORGE TOWN: Jumlah ketibaan pengunjung dari Singapura ke Malaysia menjunam sebanyak dua juta orang pada 2018, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada Jumaat (5 Apr).

Kesesakan di pusat pemeriksaan Johor Bahru ditukil sebagai salah satu sebab berkurangnya pelancong dari Singapura berkunjung ke Malaysia.

Sekitar 10.2 juta ketibaan dicatat tahun lalu, berbanding 12 juta pada 2017, menurut timbalan menteri pelancongan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Penguasa pelancongan sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meleraikan isu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

"Kami sudah melawati CIQ bersama-sama para pegawai KDN dan mengusulkan beberapa huraian dan strategi jangka pendek untuk memudahkan lebih ramai berkunjung ke Malaysia," kata Encik Bakhtiar.

Beliau berkata CIQ di Johor direka bagi mengendali muatan kargo. Namun akibat syarat-syarat yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri, ketibaan dengan visa (VOA) hanya boleh diproses di kompleks tersebut.

"Kami sudah menyarankan beberapa langkah bagi KDN berhubung VOA dan sistem imigresen untuk memudahkan perjalanan bagi pelancong di CIQ," tambah beliau.

Awal minggu ini, para pengguna jalan raya mengadu tentang barisan giliran yang panjang di Koswe dan Linkedua Tuas selepas Singapura mula menghalang kenderaan awam yang mempunyai denda tertunggak, daripada memasuki Singapura bermula Isnin.

Menurut laporan The Star Online pada Selasa, warga Malaysia yang ke Singapura atas tujuan kerja terperangkap dalam barisan panjang di kedua-dua Koswe dan Linkedua dekat Gelang Patah.

PELANCONGAN "SEKTOR PENTING" EKONOMI M'SIA

Encik Bakhtiar berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri untuk memudahkan kemasukan pelancong dari China dan India dengan menggunakan khidmat Pendaftaran Pelancongan dan Maklumat (eNTRI).

Beliau berkata buat masa ini tiada pengecualian visa bagi pelancong dari kedua-dua negara itu, namun yuran bagi pendaftaran eNTRI akan dikecualikan sehingga 31 Disember.

Beliau menamah, kementerian pelancongan mempunyai sasaran 28.1 juta pelancong dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM92.2 bilion (S$... bilion) dalam perbelanjaan pelancong.

Menurut Encik Bakhtiar lagi, sektor pelancongan amat penting dalam ekonomi Malaysia, menyumbang sebanyak 14 peratus GDP dan menyediakan 3.4 juta pekerjaan.

"Kami berharap melihat perkembangan positif daripada semua usaha (mempromosi pelancongan) agar industri ini terus mekar," tambah beliau.

Sumber : Agensi berita/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan