Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengunjung, peniaga ghairah nikmati Bazar Raya Geylang Serai tanpa sekatan pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kawasan Geylang Serai tidak kurang meriah pada siang hari dengan Bazar Raya di kawasan itu tahun ini membuka tirainya sejak tengah hari tadi (17 Mac).

Ramai pengunjung yang ditemui ghairah mahu menjadi antara yang pertama nikmati suasana bazar tanpa sebarang sekatan seperti waktu sebelum pandemik.

Sejak tengah hari tadi para pengunjung sudah mula bertandang ke kawasan Geylang Serai untuk menikmati pelbagai barangan dan makanan yang dijual para pegerai.

Ada yang rambang mata melihat barangan daripada 700 gerai tahun ini, iaitu 10 kali ganda lebih banyak berbanding tahun lalu.

Dua pengunjung bazar yang ditemui, Cik Sabariah dan Cik Uswatul Hasanah berkata: "Perasaan memang macam gembira sekali jadi itu pasal siang-siang saya sudah datang sini dulu dah pusing semua tempat semua.

"Saya macam ghairah betul tahun ini. Saya dah beberapa tahun tak ada kan jadi ini hari memang macam ghairah betul. Pada saya, saya amat suka lah sebab sudah beberapa tahun kita tak ada bazar jadi bila sudah balik lagi rasa gembira, macam seronok."

Bagi para peniaga, mereka harapkan jumlah pengunjung akan bertambah pada malam hari.

"Setakat ini pada hari pertama pengunjung belum lagi ramai yang datang. Mungkin saya percaya hari ini adalah hari pertama kita bermula di sini jadi sambutan mungkin belum lagi hangat tapi insya-Allah mungkin selepas pembukaan lampu malam ini ya mungkin sambutan akan lebih meriah," kata pemilik Kream, Ikah Jamil.

Dengan tiada sekatan COVID seperti tahun-tahun sudah, para peniaga juga berharap perniagaan akan kembali rancak.

Peniaga 'Praffles', Wali berkata: "Harapnya tahun ini perniagaan akan lebih baik. Saya rasa itu (yang diharapkan) oleh semua peniaga. Tanpa sebarang sekatan lagi banyak orang akan datang nak senang lah nak senang lah nak jalan jalan cari makan pun senang."

Bazar yang berlangsung 36 hari itu, iaitu yang paling panjang pernah diadakan, dijangka dapat beri lebih banyak peluang untuk para pengunjung berbelanja bagi keperluan raya.

Bazar Raya Geylang Serai akan berlangsung hingga 21 April.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY/IZ/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan