Pengunjung kecewa selepas buaya sebabkan aktiviti air digantung di pantai Sentosa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Aktiviti air, termasuk berenang dan berkayak, dihentikan di Pantai Siloso, Palawan dan Tanjong di Sentosa sehingga diberitahu kelak, selepas seekor buaya dilihat berhampiran Sentosa Cove pada pukul 6.25 petang Sabtu (31 Jan)
Sasha Zhukova, 38 tahun, seorang penduduk The Oceanfront di Sentosa Cove, memberitahu Mediacorp pada Ahad bahawa beliau berada di balkoni jirannya apabila mereka berdua melihat sesuatu di dalam air.
"Kawan saya menyangka ia adalah (dayung) dari sebuah bot. Saya menggunakan kamera telefon saya untuk lihat dengan lebih dekat dan melihat bahawa ia adalah seekor buaya.
"Saya orang Rusia. Kami tidak ada buaya (di Russia). Kami hanya melihatnya di zoo, jadi ia sangat menarik."
Walaupun pada mulanya beliau rasa ghairah, ibu kepada dua orang anak itu berkata beliau akan lebih berhati-hati apabila pergi ke pantai dan tidak akan masuk ke dalam laut.
"Saya selalu berasa selamat di Singapura, tetapi saya pasti tidak akan ke pantai untuk beberapa bulan.
"Jika saya pergi menaiki bot dengan kawan-kawan, saya tidak akan terjun ke dalam laut. Saya bahkan tidak akan memasukkan jari kaki saya pun ke dalam laut."
Anaknya bersekolah di Sentosa yang juga menyertakan aktiviti pantai sebagai sebahagian daripada kurikulumnya. Beliau menjangkakan aktiviti-aktiviti tersebut akan dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Dalam kemas kini pagi Ahad, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) menyatakan, ini adalah kali pertama buaya dilaporkan di sekitar perairan Sentosa.
Operasi mencari buaya itu sedang dijalankan.
"Oleh kerana pulau ini dikelilingi oleh laluan air semula jadi, hidupan liar dapat dilihat sekali sekala," tambahnya.
Walaupun pantai Siloso, Palawan dan Tanjong masih dibuka, aktiviti air tidak dibenarkan sebagai langkah berjaga-jaga.
SDC juga meningkatkan rondaan dan pemantauan manakala papan tanda amaran sudah dipasang.
Dalam catatan di Facebook, Penguasa Tanah Singapura (SLA) menasihati orang ramai agar mengelakkan aktiviti air di pulau-pulau Sekijang Bendera, Seringat, Lazarus dan Kusu, sehingga diberitahu kelak.

KEKECEWAAN
Apabila Mediacorp tiba di Pantai Palawan pada pukul 10.30 pagi, pengunjung masih berada di sepanjang pantai. Ada yang berbaring di atas tikar manakala yang lain berjalan-jalan di sepanjang pantai.
Sekurang-kurangnya tiga papan tanda kelihatan di pelbagai tempat di sepanjang pantai. Ia memberi amaran kepada pengunjung agar tidak memasuki laut dan bahawa aktiviti berasaskan air telah digantung buat sementara waktu.
Taman air HydroDash ditutup, tetapi pengunjung pantai masih boleh berjalan merentasi jambatan gantung.
Pengawal pantai yang bertugas dilihat meniup wisel mereka dan membuat pengumuman melalui pembesar suara apabila beberapa pengunjung pantai mencelupkan kaki mereka ke dalam laut atau mencedok air laut dengan baldi.
Acara MetaSprint Series Aquathlon di sepanjang Pantai Palawan turut ditangguhkan berikutan laporan tentang buaya itu.
Encik Jirong, yang mendaftar untuk acara tersebut, berkata: "Saya sedang bercuti di Village Hotel dan berharap untuk berlumba pada Ahad.
"Namun, tidak mengapa. Saya akan berehat dan menikmati hari ini di pantai."

Kebanyakan pengunjung pantai mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang sekatan tersebut sehingga mereka tiba di Sentosa.
Cik Juliana Irwani berkata dia berasa sedikit kecewa kerana kumpulan mereka datang untuk meraikan hari jadi seorang rakan, tetapi mereka tetap positif.
"Saya sedikit kecewa kerana kami tidak boleh berenang, tetapi laut bukan satu-satunya yang menarik tentang pantai," katanya. "Berada di bawah matahari dan berehat bersama rakan-rakan lebih penting daripada berenang."
Cik Sabrina, yang berada di pantai bersama enam ahli keluarga, kecewa kerana mereka datang khusus untuk makan bersama dan berenang.
"Bulan puasa akan tiba, jadi kami mahu mengadakan acara keluarga sebelum itu," katanya.

"PAPAN TANDA TERLALU KECIL"
Di Pantai Tanjong, kebanyakan pengunjung mematuhi peraturan dan tidak memasuki laut. Beberapa kanak-kanak di tepi pantai pula mencelupkan kaki mereka atau mengambil air untuk membina istana pasir.
Tanjong Beach Club juga sibuk walaupun terdapat sekatan.
Seorang pengunjung, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Sofia, berkata dia tidak menyedari tentang langkah-langkah keselamatan itu.
"Tanda-tanda itu terlalu kecil, saya bahkan tidak menyedari ia ada di sana," katanya, sambil menambah bahawa dia tidak berniat untuk masuk ke dalam laut.
Papan tanda di pantai itu diletakkan pada jarak kira-kira 80m hingga 100m antara satu sama lain.
Seorang pengunjung lain, Cik Beatrice, 33 tahun, berkata tanda-tanda itu dipasang terlalu jauh antara satu sama lain dan beliau fikir beliau masih boleh pergi ke kawasan yang terletak di antara tanda-tanda tersebut.

Orang awam dinasihati agar terus bertenang dan berundur perlahan-lahan jika mereka bertemu dengan buaya, dan tidak mendekati, mengganggu atau memberi makan kepada haiwan tersebut.
Mereka juga harus mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan di lapangan dengan teliti. Mereka yang melihat atau bertemu buaya itu harus melaporkannya kepada Pusat Tindak Balas Haiwan NPARKS di 1800-476-1600.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.