Pengunjung Joo Chiat Complex boleh nikmati lebih banyak kemudahan susuli kerja naik taraf
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Wisma Geylang Serai/Facebook)
SINGAPURA: Para pengunjung Joo Chiat Complex kini boleh menikmati pelbagai kemudahan selepas ia selesai menjalani kerja-kerja naik taraf baru-baru ini.
Selama kira-kira setahun, kerja-kerja peningkatan telah dijalankan di tiga lokasi utama, iaitu di sekitar Joo Chiat Complex, Pasar Geylang Serai, dan persimpangan utama Geylang Road dengan Joo Chiat Road.
Antara ciri menarik Joo Chiat Complex yang berwajah baharu, termasuk sebuah kanopi kaca baharu, yang didirikan di pintu masuk.
Ini dapat dilihat menerusi perkongsian Wisma Geylang Serai menerusi catatan di Facebook pada Selasa (24 Sep).

Diberi nama Plaza Perayaan, ruang itu sesuai digunakan bukan sahaja bagi ruang berteduh, bahkan juga untuk mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan masyarakat.
Selain itu, kapasiti tempat duduk dan tempat menunggu di tempat menurunkan penumpang di pusat beli-belah tersebut juga dipertingkatkan dengan reka bentuk kanopi yang lebih besar dan akses yang lebih mesra kerusi roda.
Laluan pejalan kaki yang diperbaharui antara blok 1 dan 2 Joo Chiat Complex menampilkan corak lantai baharu, landskap dan bangku.
Untuk memastikan kemudahan orang ramai mengunjungi pusat beli-belah itu, terdapat tempat letak basikal dengan akses berbumbung dari perhentian bas berdekatan.
Di samping itu, demi menggalak ramai keluarga meluangkan masa di Joo Chiat Complex, ia turut dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak yang menarik.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.