Pengunduran ketua eksekutif tiada kaitan dengan komentar berhubung kes rasuah Keppel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Pelepasan jawatan ketua eksekutif Akademi Undang-Undang Singapura (SAL) Rama Tiwari tidak ada kaitan dengan penerbitan sebuah komentar yang mempersoalkan pengurusan kes rasuah Keppel.
Demikian menurut pertubuhan tersebut pada Selasa (7 Feb).
Pada Rabu lalu (1 Feb), sebuah komentar oleh Peguam Kanan Harpreet Singh Nehal yang diterbitkan dalam Singapore Law Watch, sebuah khidmat berita tempatan bagi masyarakat undang-undang. Dalam komentar tersebut, beliau mempersoalkan keputusan oleh pihak berkuasa Singapura untuk tidak mendakwa enam bekas kakitangan pengurusan Keppel Offshore & Marine bagi kes rasuah AS$55 juta (S$73 juta) membabitkan gergasi minyak Brazil, Petrobras.

Komentar tersebut kemudian diturunkan, dengan SAL menjelaskan bahawa rencana tersebut "tidak berada dalam lingkungan rencana khas Singapore Law Watch yang memberi tumpuan kepada ulasan mengenai penghakiman dan rencana terkini Mahkamah Agung Singapura mengenai perubahan perundangan baru-baru ini".
Pada Isnin (6 Feb), SAL mengumumkan bahawa Encik Tiwari akan menamatkan penggalnya di lembaga berkanun itu "pada tarikh tamat kontrak sedia ada".
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SAL menyatakan pada Selasa (7 Feb) bahawa keputusan Encik Tiwari untuk meninggalkan jawatannya itu dimuktamadkan pada Disember lalu.
"Tahun lalu, ketika menghampiri penghujung penggal, beliau memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau meneruskan dan mendapat persetujuan daripada Yang Berhormat Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, yang merupakan presiden SAL untuk melepaskan tugasnya selepas 7 Februari 2023," nyata SAL.
Keputusan tersebut diberitahu kepada para kakitangan pada Disember dan Encik Tiwari sudah melakukan persiapan untuk meninggalkan jawatan tersebut sepanjang bulan lalu. Encik Tiwari berkhidmat sebagai ketua eksekutif pada dua tahun terakhirnya di SAL, yang hampir mencecah empat tahun.
SAL menekankan bahawa Encik Tiwari tidak terlibat dalam tindakan membuat keputusan untuk menerbitkan komentar tersebut mahupun dalam keputusan selanjutnya untuk membawa turun penerbitan komentar berkenaan.
SAL menyatakan bahawa ketua eksekutif yang baru sudah dikenal pasti dan bakal menyertai SAL pada 1 April nanti. Buat masa ini, mantan ketua eksekutif SAL Serene Wee akan mengendalikan operasi harian pertubuhan itu buat sementara waktu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.