Pengundi kali pertama boleh jadi penentu pilihan raya Presiden; namun adakah mereka ambil kisah?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY/Nurjannah Suhaimi)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (11 Ogos) mengeluarkan Writ Pilihan Raya dan warga Singapura akan keluar mengundi pada 1 Sep untuk memilih Presiden kesembilan negara, sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon yang layak.
Empat lelaki — mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, ahli perniagaan George Goh, mantan ketua pegawai pelaburan GIC Ng Kok Song dan mantan ketua eksekutif NTUC Income Tan Kin Lian telah menyatakan hasrat untuk bertanding bagi jawatan tertinggi negara itu.

Kali terakhir ada pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden (PE) ialah pada 2011, bermakna terdapat bilangan pengundi kali pertama yang cukup besar dalam pengundian akan datang, iaitu golongan muda yang berumur antara 21 hingga 33 tahun, serta warga baharu.
Mediacorp menemubual 15 pengundi kali pertama dan mendapati mereka mempunyai pelbagai tahap pemahaman tentang jawatan Presiden yang dipilih.
Encik Hidayat Malik, mahasiswa bidang undang-undang di sebuah universiti di United Kingdom, berkata berbanding kebanyakan rakannya di Singapura, beliau "lebih tahu" mengenai peranan Presiden.
Menurut belia berusia 23 tahun itu selain daripada menjadi ketua negara dan simbol perpaduan negara, Presiden juga mempunyai kuasa perlembagaan, seperti kuasa pembatal untuk menggunakan rizab negara, dan pelantikan penting di pejabat awam.
"Saya selalu mengikuti berita politik, dan kerana saya belajar undang-undang juga, perkara perlembagaan seperti itu adalah bidang minat saya," katanya.
Di sudut yang lain pula, terdapat beberapa orang yang tidak sedar langsung bahawa mereka akan mengundi dalam PE tahun ini.
Seorang pelajar universiti berusia 22 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Lee, berkata beliau hanya tahu dirinya layak mengundi dalam pilihan raya, dan ia akan diadakan tahun ini, apabila ditanya wartawan.
Menurutnya, beliau "tidak berminat dalam politik" dan tidak sering membaca artikel berita.
“Saya tidak fikir rakan saya dan saya benar-benar bercakap mengenainya (PE). Sekarang ini kami juga agak sibuk, jadi kami hanya bercakap tentang sekolah.
Sama juga halnya dengan Mohamad Hilman Mohamad Hatta, 24 tahun yang berkata beliau “tidak tahu” apa yang dilakukan seorang Presiden.
"Saya benar-benar tidak dapat lihat bagaimana ia (PE) relevan dengan kehidupan saya atau bagaimana ia memberi kesan kepada saya ... jika Pilihan Raya Umum di mana saya boleh memilih parti saya, saya akan lebih berminat," kata pelajar politeknik itu yang mengikuti pengajian diploma dalam teknologi maklumat.
Tinjauan terbaru oleh CNA dan TODAY ke atas 1,500 warga Singapura berumur 21 hingga 33 tahun yang layak mengundi dalam PE buat pertama kali mendapati kebanyakan mereka memahami peranan dan fungsi Presiden Singapura yang dipilih, tetapi kurang jelas mengenai hubungan seorang ketua negara dengan pemerintah.

Penganalisis politik memberitahu Mediacorp bahawa adalah penting bagi kumpulan pengundi ini memahami peranan Presiden dan mengambil berat tentang Pilihan Raya Presiden, terutamanya kerana jumlah golongan itu bermakna mereka boleh memberi kesan kepada keputusan undian.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD) berkata kira-kira 6.6 peratus daripada 2,709,455 pengundi dalam Daftar Pengundi telah disahkan pada 20 Julai sebagai pengundi kali pertama dalam apa jua bentuk pilihan raya.
Tetapi ini hanya sebahagian daripada pengundi PE kali pertama, kerana 6.6 peratus, atau kira-kira 162,000 pengundi, hanya meliputi mereka yang tidak layak mengundi pada Pilihan Raya Umum 2020.
Angka itu tidak termasuk mereka yang telah mengundi dalam dua Pilihan Raya Umum sebelumnya pada 2015 dan 2020 — tetapi tidak pernah mengundi dalam PE, yang kali terakhir dipertandingkan pada 2011.
Menurut ELD ia tidak menjejaki pengundi kali pertama mengikut jenis pilihan raya.
Prof Madya Eugene Tan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menganggarkan jumlah pengundi PE kali pertama tahun ini adalah dalam lingkungan "kira-kira 300,000 hingga 400,000".
"Dalam satu saingan yang sengit mereka boleh membuat perubahan besar," katanya.
Pemilih kali pertama ini juga berbeza daripada pengundi yang lebih tua kerana mereka mungkin lebih bersedia untuk mempertimbangkan semua calon presiden dengan serius, dan bukan hanya mereka yang mempunyai hubungan yang lebih kuat dengan pertubuhan sedia ada.
PENTINGNYA UNDI BELIA KEPADA CALON PRESIDEN
Sekiranya terdapat pertandingan pada PE akan datang, bilangan pengundi baharu yang banyak akan menjadi salah satu ciri utama pilihan raya, kata beberapa penganalisis.
Bersetuju dengan anggaran Prof Madya Eugene Tan, Dr Tan Ern Ser dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata berdasarkan kiraannya, terdapat kira-kira 400,000 pengundi baharu.
“Ini membentuk kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak untuk PE2023 — satu bahagian yang ketara,” katanya.
"Dalam persaingan yang sengit, seperti pada PE2011, peratusan kecil - kurang daripada 1 peratus - boleh membuat banyak perbezaan."
Oleh itu, tidak hairanlah jika calon presiden telah meningkatkan kehadiran mereka di media sosial.
Encik Tharman, Encik Goh dan Encik Ng telah melancarkan kempen media sosial di pelbagai platform, terutama sekali di TikTok.
Calon presiden juga telah menekankan atau merujuk kepada peri pentingnya untuk mendekati demografi yang lebih muda apabila bercakap kepada media.
Dalam penampilan pertamanya di hadapan media, Encik Goh, 63 tahun, berkata bahawa ada keperluan untuknya menjadi suara orang muda.
Begitu juga, dalam salah satu penampilan media pertamanya selepas mengumumkan hasrat bertanding di PE, Encik Ng, 75 tahun, menyebut bahawa beliau amat prihatin untuk membantu golongan muda menangani isu kesihatan mental.
Encik Tan, 75 tahun, yang bertanding dalam PE 2011, memuat naik beberapa catatan di blog beliau mengenai rancangannya jika dipilih.
Di pihaknya pula, Encik Tharman, 66 tahun, bercakap dengan golongan belia di perhimpunan seperti persidangan “Me to We” dianjurkan pertubuhan bukan pemerintah Onepeople.sg.
Rencana ini diterjemahkan daripada laman TODAY.

Sumber : Today/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.