Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penguasa Pasaran Tenaga Singapura pelawa cadangan cipta, uji meter bijak

Penguasa Pasaran Tenaga Singapura mempelawa cadangan-cadangan untuk mencipta dan menguji meter bijak agar para pengguna boleh mengurus penggunaan elektrik dan menggunakannya dengan lebih cekap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2020 06:52PM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 09:20PM

SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga Singapura mempelawa cadangan-cadangan untuk mencipta dan menguji meter bijak agar para pengguna boleh mengurus penggunaan elektrik dan menggunakannya dengan lebih cekap.

Kira-kira 1.4 juta rumah akan dipasang secara bertahap-tahap dengan meter bijak seperti itu menjelang tahun 2024.

Meter bijak itu akan membolehkan isi rumah memantau penggunaan elektrik masing-masing melalui satu aplikasi perbekalan awam.

Ia juga memberi kiraan terkini bil elektrik kerana meter itu boleh mencatat penggunaannya dari jarak jauh dan menyalurkan maklumatnya menerusi kaedah tanpa wayar.

Pada masa sekarang, pemeriksa meter biasanya berkunjung ke rumah-rumah setiap dua bulan untuk mencatat penggunaan elektrik.

Menurut pihak berkuasa, mereka sedang mencari penyelesaian yang selamat dan menjimatkan kos.

Cadangan-cadangan untuk menghasilkan meter bijak sedemikian perlu dihantar kepadanya sebelum 24 September. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan