Skip to main content

Singapura

Penguasa Pasaran Tenaga bakal dapat ketua eksekutif baharu

Anggaran Waktu Membaca:
 Penguasa Pasaran Tenaga bakal dapat ketua eksekutif baharu

Encik Puah Kok Keong (kiri), Encik Ngiam Shih Chun (kanan) (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan menyaksikan peralihan kepimpinan, dengan Encik Puah Kok Keong mengambil alih peranan Encik Ngiam Shih Chun sebagai ketua eksekutif, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin (27 Mei).

Mulai 8 Julai, Encik Puah, yang kini timbalan setiausaha (dasar) di Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA), akan mengambil alih tugas Encik Ngiam, yang akan ke MHA.

Encik Puah sudah berkhidmat sebagai timbalan setiausaha di MHA sejak Ogos 2016. Beliau mengendalikan khidmat dasar, perancangan, kerjasama antarabangsa, penyelidikan dan statistik, undang-undang, dan khidmat psikologi.

Semasa di MHA, beliau menyelia kajian dasar dan perundangan dalam beberapa bidang termasuk jenayah, dadah, pemulihan, pertahanan awam, imigresen dan pendaftaran, serta keharmonian kaum dan agama.

Encik Puah juga mengetuai penyeliaan peraturan perjudian Singapura, yang berakhir dengan penyatuan beberapa perundangan perjudian di bawah Akta Kawalan Perjudian baharu, dan penyusunan semula Penguasa Pengawalan Kasino (CRA) sebagai Penguasa Pengawalan Perjudian.

Encik Puah mengetuai pembentukan dan pelaksanaan rancangan Transformasi Home Team, yang meningkatkan keupayaannya.

Beliau juga mendorong usaha antarabangsa dan kerjasama MHA. Usahanya dalam bidang tersebut menyebabkan Singapura mendapat keahliannya dalam Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah Narkotik, selain usaha lain.

ENCIK NGIAM SHIH CHUN

Encik Ngiam mengambil alih sebagai ketua eksekutif EMA pada 1 Februari 2018.

Di bawah kepimpinannya, EMA mengambil langkah penting dalam peralihan tenaga sektor kuasa Singapura, dengan menggunakan "empat suis" solar, grid tenaga serantau, alternatif rendah karbon dan gas asli.

Untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem tenaga, Encik Ngiam juga memainkan peranan penting dalam penubuhan anak syarikat milik penuh EMA, Meranti Power, yang ditugaskan untuk membina kapasiti penjanaan permulaan pantas untuk menyokong sebarang kekurangan bekalan elektrik yang tidak dijangka.

Ketika krisis tenaga global pada 2021 dan 2022, Encik Ngiam mengetuai EMA membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan tenaga dan menstabilkan pasaran elektrik, dengan inisiatif seperti kemudahan gas asli cecair pertama Singapura yang ditubuhkan dalam beberapa minggu.

Untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem kuasa, Encik Ngiam memainkan peranan penting dalam penubuhan anak syarikat milik penuh EMA, Meranti Power, yang ditugaskan untuk membina kapasiti penjanaan pantas untuk menyokong sebarang kekurangan bekalan elektrik yang tidak dijangka.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita