Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura ada ketua eksekutif baru

SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan mempunyai ketua eksekutif baru bulan depan dengan pelantikan Encik Teo Eng Dih, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Jumaat (5 Ogos).

Encik Teo, yang kini merupakan Timbalan Setiausaha (Dasar) di Kementerian Pertahanan (MINDEF), akan mengambil alih jawatan daripada ketua eksekutif MPA sekarang Quah Ley Hoon mulai 5 Sep.

Beliau akan dilantik sebagai bakal ketua eksekutif MPA dari 8 Ogos hingga 4 Sep, sama dengan tempoh pelantikannya di Kementerian Pertahanan.

Selaku timbalan setiausaha (dasar), Encik Teo bertanggungjawab ke atas dasar pertahanan dan diplomasi MINDEF, perhubungan strategik dan awam, dan Pertahanan Mutlak. Semasa pandemik COVID-19, beliau membantu menyelaraskan usaha kementerian untuk menyokong usaha negara melawan penyakit itu.

Beliau juga menyelia kerjasama pertahanan lebih meluas dengan rakan kongsi antarabangsa dan pengukuhan kerjasama di platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), serta mempertingkatkan inisiatif pelibatan awam MINDEF, termasuk merombak Wisma Teroka SIngapura atau Singapore Discovery Centre.

Sebelum MINDEF, Encik Teo adalah pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu Teo Chee Hean. Beliau juga pernah berkhidmat di pelbagai agensi pemerintah dalam bidang dasar dan perancangan, tenaga kerja, strategi, teknologi, perubahan iklim, perkhidmatan perusahaan dan perdagangan antarabangsa.

Cik Quah menyandang jawatan ketua eksekutif MPA pada 1 Jan 2019.

Beliau memainkan peranan penting dalam memimpin MPA untuk "mengatasi gangguan yang disebabkan COVID-19, sambil meneruskan pembangunan dan transformasi pusat maritim antarabangsa Singapura dan pelabuhan hab global", kata MOT.

Ini termasuk usaha seperti inisiatif vaksinasi kakitangan laut dan udara untuk menjaga kesihatan pekerja maritim tempatan dan anak kapal di atas kapal yang singgah di Singapura.

Beliau juga memimpin MPA untuk menyiapkan Fasa 1 kerja menambak Pelabuhan Tuas tahun lalu, yang merupakan "pencapaian penting" dalam pembangunan pelabuhan generasi akan datang Singapura.

Atas sumbangannya kepada sektor maritim, Cik Quah dianugerahkan Pingat Kepujian oleh NTUC pada Mei atas usahanya dalam meningkatkan gaji pekerja, kebajikan dan prospek kerja pelaut di tengah-tengah COVID-19.

Beliau juga dianugerahkan Legion d'Honneur oleh pemerintah Perancis pada Jun tahun ini, atas usahanya memastikan pelabuhan dan perkhidmatan Singapura dibuka semasa COVID-19, dan meningkatkan hubungan dengan Perancis dalam bidang maritim.

Sebelum berkhidmat di MPA, Cik Quah adalah Ketua Pengarang CNA, Mediacorp. Beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan dalam perkhidmatan awam, iaitu Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Masyarakat, Belia dan Sukan ketika itu.

MOT merakamkan penghargaan kepada Cik Quah atas "sumbangan penting" beliau sebagai ketua eksekutif MPA.

Anggaran Waktu Membaca:
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura ada ketua eksekutif baru

Encik Teo Eng Dih menggantikan Cik Quah Ley Hoon. (Gambar-gambar: Kementerian Pengangkutan)

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan