Pengorbanan pegawai SCDF berjauhan daripada keluarga bagi misi di Myanmar, melambangkan kewarganegaraan aktif: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Para pegawai Muslim Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kontinjen Operasi Lionheart yang dikerahkan ke Myanmar untuk membantu usaha menyelamat di negara itu disanjung tinggi Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.
Ini kerana mereka melakukan demikian dalam keadaan berpuasa pada hujung Ramadan dan akan berjauhan daripada keluarga tercinta semasa Hari Raya Aidilfitri.
Dalam satu catatan di Facebook hari ini (29 Mac), Encik Masagos memuji dedikasi mereka yang melambangkan semangat kewarganegaraan yang aktif dan kesediaan mereka untuk menyelamatkan nyawa.

"Saya amat berbangga dengan semua pegawai SCDF termasuk para pegawai Islam yang kini berada di Myanmar untuk Operasi Lionheart," kata Encik Masagos.
"Sumbangan dan dedikasi mereka melambangkan semangat kewarganegaraan yang aktif di persada dunia. Singapura bersedia memberikan sokongan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Para pegawai kami yang sedang berpuasa di penghujung Ramadan bakal mengorbankan Hari Raya mereka dan berjauhan dengan keluarga tersayang untuk menyahut seruan tugas ini," tambah beliau.
Encik Masagos turut mendoakan bagi mereka yang terjejas oleh bencana itu dan berharap semua pegawai SCDF berjaya dalam misi itu dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.