Skip to main content

Singapura

Pengorbanan "Hero Heng" dalam tragedi Nicoll Highway terus diperingati rakan kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Apr 2024 10:02PM Dikemas Kini : 19 Apr 2024 10:06PM
SINGAPURA: Walaupun sudah 20 tahun berlalu, rakan-rakan sekerja masih memperingati mandur LTA Heng Yeow Pheow.

Mendiang berkorban nyawa bagi menyelamatkan lapan yang lain dalam tragedi di Nicoll Highway.

Jasadnya tidak pernah ditemukan.

Namun, jasa dan kisahnya terus tersemat di hati ramai orang.

Doa dibaca, jasa yang dikenang selamanya.

"Hati saya sangat pilu, tidak boleh berkata-kata. Lama berlalu tetapi saya masih ingat. Tidak akan lupa," ujar Encik Phornamdaeng Thitica, Mandor Kanan, Kori Holdings.

Encik Thitcha di antara lapan orang yang diselamatkan mendiang Heng Yeow Pheow dalam tragedi di Nicoll Highway.

Walaupun berhadapan bahaya yang mengancam jiwanya, Encik Heng mengutamakan keselamatan para pekerjanya.

Beliau disifatkan sebagai seorang yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kini diberi gelaran "Hero Heng", beliau sering dianggap sebagai seorang 'rakan' atau 'saudara', yang sering memastikan kebajikan mereka di sekelilingnya sering terjaga.

"Setiap tahun kita datang untuk berdoa untuknya. Untuk memperingatinya. Setiap kali saya berada di sini, saya akan ingat dirinya. Kita bekerja bersama sebelumnya. Saya selalu terfikir, kawan saya di sini. Sedih bila berada ke sini," luah Encik Suphathip Sanya, Mandor Kanan, Kori Holdings.

Kecuali semasa pandemik, mereka berkumpul di sini setiap tahun untuk memberi penghormatan kepada 'Hero Heng'.

Antara barang untuk memperingatinya, sepasang sarung tangan, yang digunakan untuk menandakan tempat terakhir Encik Heng dilihat.

Di luar daripada tapak kemalangan, mendiang 'Hero Heng' turut dikenang.

Di sudut sebuah taman di Tampines itu, terletak sebuah bangku yang didekasikan kepadanya 10 tahun lalu.

Rakan-rakan sekerjanya merancang untuk terus menghormati penyelamat mereka untuk tahun-tahun akan datang.
 
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita