Penglihatan penumpang terhadang, lapisan panel tiang di perhentian bas MRT Punggol ditanggalkan
Anggaran Waktu Membaca:

Tiang-tiang di perhentian bas Punggol sebelum (kiri) dan selepas diubah suai. (Gambar: Google Maps dan 8world)
SINGAPURA: Tiang-tiang di perhentian bas dekat dengan stesen MRT Punggol yang menghadang penglihatan penumpang sudah diubah suai dan dijadikan lebih kecil, menyusuli aduan orang ramai.
"Untuk membantu penumpang melihat dengan lebih jelas bas yang tiba di perhentian bas dekat MRT Punggol, kami sudah menanggalkan lapisan panel pada sebahagian tiang tersebut," jelas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (18 Okt) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
LTA menambah kerja-kerja ubah suai dimulakan pada pertengahan bulan Oktober dan akan selesai menjelang hujung minggu ini.
"Kami akan terus memantau maklum balas penumpang. Maklum balas awal menunjukkan penumpang kini lebih mudah melihat nombor bas yang tiba," kata LTA.
Masalah itu menarik perhatian ramai bulan lalu selepas seorang penumpang mengadu di media sosial bahawa beliau sukar melihat bas yang tiba disebabkan dihadang tiang-tiang di perhentian bas.
LTA menjelaskan bahawa ukuran reka bentuk kedua-dua perhentian bas di Punggol itu "agak sempit" berbanding perhentian bas biasa kerana ia diubah daripada tempat mengambil dan menurunkan penumpang.

Menurut laporan 8world pada Isnin, selepas tiang-tiang asal itu diubah suai, penumpang kini lebih mudah melihat bas yang tiba.
Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.