Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji NTU temui cara segera kesan gas toksik di udara

Para pengkaji NTU sudah menemui cara mengesan dengan segera, gas-gas toksik di udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengkaji NTU temui cara segera kesan gas toksik di udara
Diterbitkan : 15 Oct 2019 08:38PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 08:42PM

SINGAPURA: Para pengkaji NTU sudah menemui cara mengesan dengan segera, gas-gas toksik di udara.

Ia boleh juga menyelamatkan nyawa semasa berlaku kebocoran sisa toksik atau gas.

Ia menggunakan laser dan cip nano yang boleh dikeluarkan dari makmal.

Ideanya tercetus menyusuli satu bau misteri yang dilaporkan dua tahun lalu.

Ia kelihatan berkabus dan berbau aneh.

Dengan ujian-ujian biasa yang dijalankan sekarang, ia akan mengambil masa sehingga seminggu sebelum semua gas di udara boleh dikesan.

Bagaimanapun sekarang, dengan kaedah baru itu cip digunakan untuk memerangkap gas sebelum laser dipancarkan ke atasnya.

Reaksi antara cahaya dengan molekul akan membantu mengenal pasti jenis gas yang ada.

Proses tersebut mengambil masa hanya sekitar 10 saat, iaitu lebih cepat daripada prosedur lain.

Ia juga mudah bergerak dan boleh mengesan gas sehingga 10 meter jauhnya.

Meskipun ia boleh mengesan kimia dalam bentuk cecair dan pepejal, dua saintis NTU menyesuaikannya untuk mengesan gas.

Kaedah baru itu juga lebih menjimatkan sekitar S$50,000 berbanding sekurang-kurangnya S$200,000 menggunakan cara lama. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan