Pengkaji NTU guna kulit limau untuk kitar semula bateri lama
Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU)menemui cara baru untuk menggunakan semula bateri lama.

(Gambar: NTU)
SINGAPURA: Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU)menemui cara baru untuk menggunakan semula bateri lama.
Bahkan caranya, mesra alam.
Para saintis di makmal itu mencipta satu cara baru untuk menghasilkan bateri-bateri yang dikitar semula dengan menggunakan kulit limau.
Prosesnya dimulakan dengan mencampurkan
kulit limau kering, asid sitrik dan air ke bateri litium ion yang sudah dihancurkan.
Bahan logam berharga kemudian dapat dipisahkan dan dibentuk menjadi kepingan-kepingan logam seperti ini.
Para saintis mengatakan bahan selulosa dalam kulit limau berubah menjadi gula semasa proses pengekstrakan.
Gula itu membantu mempercepatkan proses pengasingan logam daripada bateri-bateri lama.
Kepingan-kepingan logam yang dihasilkan kemudian boleh digunakan untuk membuat bateri yang boleh dicas semula.
Pengarah makmal itu Profesor Madhavi Srinivasan menerangkan bahawa cara konvensional yang digunakan sekarang menghasilkan bahan-bahan kimia yang menyebabkan pencemaran sekitaran.
Cara baru itu lebih mesra alam kerana sisa karbon yang dihasilkan boleh terurai secara semula jadi.
Ia juga lebih berkesan kerana dapat mengasingkan kira-kira 90 peratus logam daripada bateri lama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.