Penginapan alternatif diusahakan untuk penduduk terjejas kebakaran flat Jurong East
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Majlis Bandaran Jurong-Clementi sedang berusaha mendapatkan penginapan alternatif untuk para penduduk yang terjejas akibat kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki dan memusnahkan dua unit di sebuah flat di Jurong East pada pagi Selasa (16 Ogos).
Anggota Parlimen (AP) Grace Fu (PAP-Yuhua), yang menyelia kawasan tersebut, berkata bahawa penghuni-penghuni unit tersebut sedang berehat di sebuah kemudahan masyarakat.
"Mereka selamat, tetapi mereka bersedih disebabkan kehilangan harta benda dan pengalaman getir yang mereka lalui," jelas Cik Fu kepada wartawan pada Selasa (16 Ogos) di tempat kejadian di Block 236 Jurong East Street 21.
Bagi unit yang bersebelahan, tiga penghuni diselamatkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kerana kebakaran itu menghalang mereka untuk menyelamatkan diri.
"Terdapat beberapa kemusnahan meskipun saya tidak dibenarkan masuk kerana siasatan masih dijalankan. Tetapi, saya difahamkan oleh SCDF bahawa unit (ini) juga teruk terbakar," kata Cik Fu, yang merupakan Menteri Kemampanan dan Sekitaran.
Beliau menambah bekalan elektrik dan air untuk kedua-dua unit terjejas dan beliau sedang berusaha dengan Majlis Bandaran untuk memulihkan bekalan secepat mungkin.
Setakat pukul 2.30 petang, beberapa penduduk blok tersebut memberitahu Mediacorp bahawa bekalan air mereka belum kembali seperti sedia kala.
SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 236 Jurong East Street 21 sekitar pukul 2.50 pagi.
Sekurang-kurangnya enam kereta polis dan 4 kenderaan SCDF dikerahkan ke tempat kejadian.
Mayat penghuni unit terbabit ditemui di unit tingkat sembilan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik, menurut catatan di laman Facebook SCDF.
Menurut seorang penduduk flat tersebut yang enggan dinamakan, unit di mana kebakaran berlaku dimiliki seorang wanita yang menjual dan mengumpul surat khabar. Wanita tersebut dikatakan tinggal di unit berkenaan bersama anak-anaknya. Namun, umur anak-anaknya tidak diketahui.
Cik Fu berkata bahawa punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan. Namun, beliau difahamkan bahawa ia mengambil masa yang lama untuk mengawal keadaan disebabkan jumlah "barangan" yang ada dalam flat berkenaan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.