Pengimport saksikan kos barangan jatuh sedang mata wang SG mengukuh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Perubahan dasar untuk menangani inflasi tinggi, seperti meningkatkan nilai dolar Singapura, sudah mula membuahkan hasil dalam pasaran.
Para pengimport memberitahu Mediacorp bahawa ia sekarang 15 peratus lebih murah untuk mereka membeli produk dari luar negara.
Sekalipun demikian, langkah penjimatan sedemikian tidak dirasakan para pengguna, sedang kos pengangkutan dan buruh masih menjejas mereka.
LEBIH MURAH DARI PASAR RAYA TEMPATAN
Disebabkan dolar Singapura yang lebih kukuh, kedai runcit khas seperti pasar raya Jepun Iroha International kini memiliki lebih banyak kuasa membeli apabila mendapatkan produk dari luar negara.
Iroha International, yang ditubuhkan tujuh tahun dahulu, mengimport semua produknya dari Jepun.
Dengan mata wang Singapura yang lebih kukuh, ia dapat menjual sejumlah produk, seperti kopi, sekurang-kurangnya S$2 lebih murah dari pasaraya tempatan.
Encik Hayato Yaegashi, pengarah Iroha International berkata: "Sekarang, dolar Singpaura agak mahal. Ketika saya mula berniaga, S$1 bersamaan 100 yen, namun sekarang S$1 bersamaan 105 yen. Jadi, saya boleh beli lebih banyak barang dari Jepun untuk dibawa ke Singapura."
Beliau menarik perhatian bahawa beberapa minuman dalam botol menjadi lebih murah, dengan harganya jatuh antara lima hingga 10 peratus.
Namun, walaupun dengan harga yang menurun, segelintir pembeli berkata mereka tidak merasakan manfaat mata wang Singapura yang lebih kukuh.
TEKANAN KOS MASIH KEKAL
Langkah penjimatan itu tidak dirasakan pelanggan, memandangkan tekanan kos merupakan cabaran bagi perniagaan.
The Meat Club adalah perniagaan menjual daging online yang mengimport produk dari negara seperti Australia dan New Zealand, dan menghantar pesanan pelanggan terus kepada mereka.
Walapun mereka tidak membayar bagi khidmat orang tengah atau gedung, ia tidak bermakna harga produknya lebih murah.
CEO syarikat itu Brad Ross memberitahu Mediacorp: "Kos buruh sedang meningkat, kos pengendalian sedang meningkat, kos pengangkutan juga meningkat."
Beliau berkata walaupun langkah penjimatan membantu untuk "menawarkan sedikit kelegaan", secara keseluruhannya, kos masih meningkat.
"Ruang tambahan diperlukan untuk membiayai perbelanjaan pemasaran, operasi dan lain-lain lagi. Oleh itu, perbezaan mata wang tidak semestinya cukup untuk bertanding dengan kos-kos lain yang meningkat," kata Encik Ross.
Terdapat tanda-tanda bahawa keadaan akan bertambah baik pada masa hadapan buat perniagaan di Singapura, dengan inflasi utama dan teras mula turun bulan lalu, sementara pihak berkuasa menjangkakan penyederhanaan pada separuh kedua tahun ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.