Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengimport makanan Korea Jin Global, pengarah firma didenda S$3,000 kendalikan bilik penyimpanan sejuk tanpa lesen

Sebuah syarikat yang mengimport dan mengedarkan makanan Korea didenda S$3,000 pada Rabu (1 Dis) kerana mengendalikan  bilik penyimpanan sejuk tanpa lesen. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengimport makanan Korea Jin Global, pengarah firma didenda S$3,000 kendalikan bilik penyimpanan sejuk tanpa lesen

Bungkusan tanpa label (kiri) dan makanan kering yang sudah luput dirampas dari stor sejuk tidak berlesen. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 11:43PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 11:45PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat yang mengimport dan mengedarkan makanan Korea didenda S$3,000 pada Rabu (1 Dis) kerana mengendalikan bilik penyimpanan sejuk tanpa lesen.

Pengarah Jin Global, Song Sung Hyuk, juga didenda S$3,000 kerana "gagal melaksanakan penilaian wajar untuk mengelakkan kesalahan daripada berlaku", menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan media.

Jin Global menggambarkan syarikat tersebut di laman web sebagai:sebuah pengimport/pengedar makanan Korea terkemuka" yang menyediakan khidmat kepada restoran Korea serta tempatan.

SFA menyatakan bahawa pada Disember tahun lalu, pegawainya mendapati syarikat itu menyimpan sekitar 5,490 kilogram (kg) daging beku, produk makanan laut dan makanan diproses di sebuah bilik penyimpanan sejuk yang tidak berlesen.

Produk-produk itu, termasuk ladu daging, sotong beku dan ikan diproses, dirampas oleh pihak berkuasa.

"Penyimpanan daging dan makanan laut secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan," menurut SFA.

Mereka yang menyimpan daging atau makanan laut di bilik sejuk tidak berlesan bagi tujuan menjual atau membekalkan produk tersebut boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SYARIKAT DIDENDA IMPORT SAYUR SECARA HARAM

Sebuah lagi syarikat pengimport, Fresh Choice Avenue, didenda S$10,000 pada Rabu kerana membawa masuk secara haram buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses untuk jualan.

Konsainan haram dari Fresh Choice Avenue dirampas oleh SFA. (Gambar: SFA)

(Konsainan haram dari Fresh Choice Avenue dirampas oleh SFA. Gambar: SFA)

SFA menyatakan pada 2 September 2020, pihak berkuasa mengesan sekitar 349kg buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang tidak diisytiharkan atau diisytiharkan kurang daripada jumlah sebenar. Sebanyak 304kg sayur-sayuran diproses yang tidak diisytiharkan turut dikesan.

Kesemua produk itu diimport dari Malaysia.

Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh diimport ke Singapura daripada sumber berlesen, menurut SFA. Ia menambah setiap konsainan mesti diisytiharkan dan mempunyai permit import yang sah.

"Sayur-sayuran diimport secara haram datang dari sumber tidak diketahui dan boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan, misalnya, jika tidak dikawal selia atau tahap tinggi racun perosak digunakan," terang agensi itu.

"Penghadaman jangka panjang sisa racun perosak berlebihan melalui pengambilan sayur-sayuran yang dibubuh racun perosak boleh membawa kepada kesan kesihatan yang buruk."

Jika didapati bersalah mengimport secara haram buah-buahan dan sayur-sayuran, pesalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah mengimport secara haram makanan diproses pula boleh didenda sehingga S$1,000. Bagi kesalahan berikutnya, mereka boleh dikenakan denda berganda sehingga S$2,000.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan