Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengimport coklat Ritter Sport yang ditarik balik didenda: SFA

Sebuah syarikat pengimport yang gagal membuat pengisytiharan tepat bagi coklat Ritter Sport yang ditarik balik, dikenakan denda S$800, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengimport coklat Ritter Sport yang ditarik balik didenda: SFA

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 09:06PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 09:13PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat pengimport yang gagal membuat pengisytiharan tepat bagi coklat Ritter Sport yang ditarik balik, dikenakan denda S$800, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (18 Dis).

Produk yang terjejas itu adalah Ritter Sport - KAFFEESPLITTER, dan ditarik balik oleh SFA pada September kerana mengandungi bahan alergen susu yang tidak diisytiharkan.

Dalam satu kenyataan pada 14 Sep, SFA menyatakan bahawa pihaknya sudah mengarah dua pengimport tempatan untuk menarik balik produk yang terjejas itu. Dalam satu maklumat terkini dua hari kemudian, ia menyatakan bahawa proses tarik balik oleh syarikat Radha

Exports sudah selesai, manakala bagi Associate & Uniters Distributors pula masih dijalankan.

Pada Rabu, SFA menyatakan bahawa Associate & Uniters Distributors gagal mengisytiharkan dengan betul jenama dan butiran bagi produk yang terjejas sebanyak 4,495kg, serta produk makanan lain seberat 1,417kg dalam permit pelepasan kargo.

Di bawah Akta Penjualan Makanan (Peraturan Makanan), mereka yang gagal mengistiharkan butiran jenama yang diperlukan dalam permit pelepasan kargo boleh didenda sehingga S$1,000. Pesalah berulang pula boleh dikenakan denda sehingga S$2,000.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan