Pengilangan SG naik 9.1% pada Jan 2025
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: AFP)
SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura memulakan tahun baharu dengan pencapaian kukuh - meningkat 9.1 peratus sepanjang Januari, berbanding tahun sebelumnya.
Memacu pertumbuhan tersebut adalah sektor bioperubatan yang menyaksikan pengeluaran melonjak bagi produk biologi dan pelbagai bahan aktif farmaseutikal.
Sektor elektronik, yang membentuk lebih sepertiga daripada keseluruhan pengeluaran tempatan, mencatat pertumbuhan kukuh hampir 19 peratus, walaupun industri automotif global kekal lemah.
Kejuruteraan pengangkutan turut berkembang, hasil tempahan yang meningkat daripada syarikat penerbangan komersil serta pertumbuhan merentasi segmen darat, marin dan luar pesisir.
Sebaliknya, kejuruteraan jitu mengalami kemerosotan terbesar sebanyak 7.5 peratus, berbanding tahun sebelumnya, ekoran pengeluaran lebih rendah bagi semua segmen.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.