Skip to main content

Singapura

Pengilangan SG naik 10.6% pada Dis 2024 berbanding setahun lalu; jangkaui ramalan pakar

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 24 Jan 2025 07:58PM Dikemas Kini : 24 Jan 2025 09:25PM
SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura menutup tahun 2024 dengan prestasi yang kukuh, dengan hasil pengeluaran pada Disember berkembang 10.6 peratus.

Ia pertumbuhan bulan keenam berturut-turut dan mengatasi ramalan para penganalisis, dengan semua kelompok mencatatkan pertumbuhan.

Kejuruteraan pengangkutan mencatatkan pertumbuhan tertinggi, iaitu 16 peratus, berbanding setahun sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh lebih banyak kegiatan di limbungan kapal.

Industri elektronik, yang membentuk hampir separuh daripada hasil pengeluaran Singapura, melonjak 14.3 peratus pada Disember.

Ia didorong oleh prestasi kukuh dalam semikonduktor, persisian komputer dan elektronik pengguna.

Bahkan bagi kelompok kimia, yang mencatatkan prestasi paling lemah pada Disember, tumbuh 3.1 peratus.

Menurut seorang pakar ekonomi, prospek bagi sektor pengilangan terus cerah, dengan Singapura berpotensi meraih manfaat daripada aliran perdagangan baharu.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita