Penghuni SG Boys Hostel mengaku pukul remaja, paksa tanggalkan baju dan jilat kasut
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang penghuni Singapore Boy's Hostel berusia 16 tahun pada Jumaat (21 Jun) mengaku memukul seorang lagi penghuni, memaksanya berbogel dan jilat kasutnya, selain perkara-perkara keji.
Pesalah mengaku bersalah atas empat tuduhan berkaitan penderaan mangsa, yang berusia bawah 16 tahun ketika insiden tersebut.
Lima lagi tuduhan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Kesemua individu terlibat dalam kes tersebut tidak dapat dinamakan untuk melindungi identiti mereka.
APA YANG BERLAKU
Mahkamah diberitahu bahawa pesalah, seorang lagi tertuduh dikenali sebagai B2 dalam dokumen mahkamah, serta mangsa, merupakan penghuni hostel.
Pesalah dan B2 mencuri wang daripada mangsa. Ketika berdepan dengan kesalahan itu pada atau sebelum 19 Julai 2023, mereka menafikan tuduhan tersebut dan "tidak berpuas hati", kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Matthew Choo.
Pada petang 19 Julai 2023, pesalah dan B2 memaksa mangsa untuk ke tandas di hostel dan memukulnya.
Mereka terserempak seorang remaja di luar tandas dan menceritakan apa yang baru berlaku.
Saksi itu memberitahu pesalah dan B2 untuk memukul mangsa lagi, dan melaporkan perkara tersebut kepada kakitangan hostel pada keesokan hari.
Dua hari selepas insiden di tandas, B2 dan pesalah berjumpa dengan mangsa di luar hostel dan memaksanya untuk tidak ke sekolah.
Ketika mereka di luar, B2 mengajak seorang lagi rakannya yang tidak menetap di hostel tersebut, dikenali sebagai B3, untuk berjumpa dengan mereka.
Pesalah dan B2 memberitahu B3 bahawa mereka ingin memukul mangsa kerana menuduh dan melaporkan mereka kepada kakitangan hostel atas insiden di tandas.
Pesalah, B2 dan mangsa kemudian berjumpa B3 di sebuah tempat letak kereta di Punggol. Di sana, ketiga-tiga individu menampar, menumbuk dan menendang seluruh badan mangsa.
B3 kemudian merakam serangan mereka menggunakan telefon bimbit. Mereka memaksa mangsa menanggalkan baju, yang dilakukan kerana ketakutan, sebelum memukulnya lagi.
Mereka menyuruh mangsa menjilat kasut pesalah dan B3 beberapa kali, dengan pesalah kemudian menendang muka mangsa.
Ketiga-tiga remaja meneruskan untuk menyakiti dan menghina mangsa, seperti menendang kemaluannya banyak kali, membuatnya melutut memohon maaf serta menari dalam keadaan bogel, sambil merakamnya menggunakan telefon bimbit.
Salah satu daripada mereka merakam kemaluan mangsa.
Pesalah juga menghantar video mangsa menari dalam keadaan bogel kepada remaja yang melaporkan insiden di tandas kepada kakitangan hostel.
Mangsa kemudian memakai baju sebelum menelefon gurunya dan ke sekolah. Seorang kaunselor sekolah membawanya ke hospital, di mana dia didapati mengalami bengkak dan lebam.
Kes B2 masih dibicarakan di mahkamah, manakala kes B3 sedang disiasat.
Pesalah tersebut dijangka dijatuhkan hukuman pada Julai.
Individu yang menyebarkan bahan penderaan kanak-kanak boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau dirotan.
Kesalahan mengganggu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya.
Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya.
Individu yang disabit kesalahan mencabul boleh dipenjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya.

- Gangguan
- Sengaja menyebabkan kecederaan
- Mencabul
- Mengedar bahan penderaan kanak-kanak

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.